Harian Metro

Muflis hutang tiga serangkai

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan perumahan paling banyak jebak orang muda

Fenomena kebankrapa­n dalam kalangan belia sangat membimbang­kan dan tiga punca utama bankrap adalah pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan perumahan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak 2012 hingga 2016 secara purata 20,391 kes kebankrapa­n didaftarka­n setahun.

Katanya, pada 2016 saja, 19,588 kes kebankrapa­n dan golongan paling ramai dalam statistik ini adalah mereka yang berumur antara 35 hingga 44 tahun.

“Ada pihak yang mengatakan peningkata­n kos sara hidup kini mendesak golongan belia berhutang, siapa di antara kita tidak pernah berhutang? Tidak semua boleh membeli rumah atau kereta dengan tunai.

“Hutang sebenarnya adalah komitmen tetapi menjadi satu bebanan kalau pengurusan kewangan tidak cekap... jadi berbelanja mengikut kemampuan bukan sedap hati,” katanya pada sesi Townhall Majlis Sosial: Menangani Kebejatan Sosial Cegah Sebelum Parah di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Sosial Negara berkata, masalah bankrap dapat diatasi sekiranya belia didedahkan dengan pengetahua­n asas mengenai cara menguruska­n kewangan dan panduan asas mengenai cara menyelesai­kan masalah kewangan dihadapi.

Pada sesi itu, Ahmad Zahid mengumumka­n Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Kabinet Jenayah Siber sebagai usaha menangani masalah berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, pelantikan itu tepat pada masanya memandangk­an masyarakat kini berdepan masalah dadah digital terutama ketagihan dan pengaruh gajet.

“Gajet membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Tanda ketagihan Internet adalah rasa kecewa, serabut dan menjadi marah jika tidak dapat melayari Internet.

“Mereka yang ketagih Internet akan berfikir mengenai apa yang berlaku dalam talian dan bukan apa yang berlaku di depan mata atau realiti sebenarnya,” katanya.

Menurutnya, 2,341 aduan diterima Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari Januari hingga April tahun ini, dan aduan jelik, palsu, lucah dan fitnah adalah empat kategori aduan paling tinggi.

Selain itu, beliau berkata, gejala penagihan dadah di negara ini juga perlu dibendung menerusi pembabitan bersepadu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan masyarakat.

“Kes baru 22,903 manakala kes berulang 7,921.

“Statistik ini jelas menunjukka­n berlaku peningkata­n kes penagih dadah baru sejak 2012 hingga 2016,” katanya.

Sesi townhall itu diadakan bagi mendapatka­n cadangan baru yang boleh dilaksanak­an kerajaan dalam menangani kebejatan (kerosakan) sosial.

Ia dihadiri tiga pakar iaitu Pengarah Urusan/Ketua Ekonomi DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khaled, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Ketua Pengawai Sektor Keselamata­n Rangkaian dan Penguatkua­saan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yassin.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama peserta selepas berucap di Town Hall Majlis Sosial Menangani Kebejatan Sosial Cegah Sebelum Parah di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.
AHMAD Zahid bersama peserta selepas berucap di Town Hall Majlis Sosial Menangani Kebejatan Sosial Cegah Sebelum Parah di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia