Harian Metro

Bekas banduan belasah rakan dijel 9 bulan

-

Seorang bekas banduan dipenjara enam bulan dan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua tuduhan iaitu menampar, menumbuk dan mencakar muka seorang kenalan wanitanya serta gagal menunjukka­n kad pengenalan diri di Taman Seri Serdang, Serdang, dua bulan lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nor Muazzam Mohd Mansor, 32, sebaik dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 20 September lalu.

Bagi kesalahan mencederak­an wanita, tertuduh dipenjara enam bulan manakala bagi gagal mengemukak­an kad pengenalan diri, dia dihukum penjara tiga bulan dan mahkamah memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap wanita, Fatin Nur Adillah Mat Kilau, 21, dengan menampar, menumbuk dan mencakar muka mangsa di tepi jalan Taman Seri Serdang, Serdang, pada 8.30 pagi 20 September lalu.

Duda anak satu itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa gagal mengemukak­an kad pengenalan diri di pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, pada 2 petang tarikh sama.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Peraturan 7 Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan yang sama memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia