Harian Metro

Penganggur dituduh acu pistol tiruan NEBENG ‘PERISAI’

- Helmy_rahman@hmetro.com.my

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan mengacu pistol tiruan ketika melakukan pemerasan ke atas seorang wanita, Oktober lalu.

Tertuduh, R Puvenesvar­an, 32, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah mengacukan pistol tiruan berwarna hitam kepada Sitti Fazlinah Idin, 25, ketika melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan cara yang boleh membuatkan­nya berasa takut akan mati atau cedera.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Klang Lama, Batu 4 1/2 di sini, pada jam 9.45 malam, 6 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddi­n mengemukak­an pendakwaan mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan juga disebat tidak kurang daripada tiga kali.

Tertuduh bagaimanap­un tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Marang

Masyarakat kota terutama golongan muda mungkin asing dengan kewujudan penghadang angin atau lebih dikenali sebagai nebeng dalam kalangan penduduk tempatan untuk mengurangk­an tiupan angin dari arah pantai.

Kebiasaann­ya penduduk tempatan membuatnya dengan menggunaka­n pelepah atau daun kelapa serta sering dipasang pada musim tengkujuh.

Bagi Zulkifli Jusoh, 49, penghadang angin itu menjadi pilihan keluargany­a saban tahun sejak turun-temurun untuk melindungi rumah daripada tiupan angin kencang.

“Dahulu memang biasa kita lihat penghadang berkenaan dipasang di belakang rumah penduduk yang tinggal di tepi pantai seperti saya tetapi sekarang hanya keluarga saya yang masih membuatnya.

“Selain menghadang angin, ia juga dapat menghalang percikan air laut masuk ke rumah. Jika tidak dipasang akan menyebabka­n tiupan angin yang terlalu kuat hingga rumah boleh bergegar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di

 Penduduk guna pelepah, daun kelapa untuk lindungi rumah ketika cuaca buruk

Kampung Belubur, Rusila, di sini, semalam.

Menurutnya, tidak sukar untuk memasang penghadang berkenaan dan paling lama hanya mengambil masa dua hari, sekali gus mampu menyelamat­kan rumah.

“Hanya cari beberapa pelepah dan daun kelapa kemudian diselitkan rapat pada batang kayu yang sebelum itu dilekatkan pada pokok atau tiang.

“Proses untuk mencari kayu dan ambil pelepah kayu cuma mengambil dua hari paling lama dan cara memasangny­a juga cukup mudah.

“Walaupun murah dan mudah membuatnya, penghadang angin ini berkesan untuk menghadang angin pada musim tengkujuh, malah ia tahan iaitu sehingga dua tahun,” kata bapa kepada empat anak lelaki berusia 12 hingga 20 tahun itu.

Zulkifli yang bekerja sebagai tukang rumah mengakui amat sayang sekiranya ‘teknologi’ tradisiona­l itu tidak lagi digunakan hingga pupus ditelan zaman.

Menurutnya, dia sering mengajak anak sulung, Mohd Syawal, 20, selain isteri, Laila Mohd, 46, untuk membuat penghadang berkenaan.

“Tahun ini saya pasang awal iaitu sejak awal September lalu sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tahun ini,” katanya.

 ??  ?? ZU ist m un ru Be se
ZU ist m un ru Be se

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia