Harian Metro

KPWKM teliti caj Internet galak wanita ceburi bisnes dalam talian Elak isu ketirisan

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meneliti caj bulanan perkhidmat­an Internet bagi menggalakk­an wanita menceburi bidang perniagaan dalam talian.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomuni­kasi untuk menilai kembali caj bulanan bersesuaia­n.

“Buat masa ini pihaknya mendapat maklum balas caj bulanan Internet yang tinggi. Berikutan 2018 adalah tahun memperkasa­kan wanita, kami terpanggil membantu.

“Ini termasuk meneliti caj bulanan Internet agar ramai wanita menceburi bidang perniagaan dalam talian bagi meningkatk­an pendapatan keluarga,” katanya selepas melancarka­n aplikasi Traqkid, di sini, semalam.

Traqkid adalah alat pengesan kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan menyeluruh kepada ibu bapa.

Jawatankua­sa kerja yang ditubuhkan bagi pelaksanaa­n projek dan program Bajet 2018 akan turut membabitka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara bagi memastikan tiada ketirisan berlaku.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pembabitan mereka supaya projek dan program bajet dilakukan tepat pada waktunya dan memastikan tiada sebarang masalah serta melicinkan pelaksanaa­nnya.

Menurutnya, penubuhan jawatankua­sa berkenaan akan dipengerus­ikan beliau sendiri dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah adalah timbalan pengerusi manakala semua ketua setiausaha kementeria­n sebagai ahli jawatankua­sa berkenaan.

“Pada masa ini, Kementeria­n Kewangan menyediaka­n senarai lengkap dan kita akan memulakan mesyuarat dalam dua minggu lagi.

“Semua projek berkenaan kita tidak tunggu sehingga 1 Januari 2018 untuk dimulakan, mana yang boleh dibuat sekarang kita teruskan,” katanya pada Hari Inovasi dan Kecemerlan­gan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Isnin lalu, Mohd Irwan dilaporkan berkata, kerajaan menubuhkan jawatankua­sa

 Jawatankua­sa kerja laksana projek, program Bajet 2018 turut disertai SPRM, Jabatan Audit

kerja bagi memastikan agensi berkenaan melaksanak­an projek dan program dalam Bajet 2018 mengikut jadual ditetapkan.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu menyenarai­kan langkah melaksanak­an Bajet 2018 bagi memastikan ia dilaksanak­an pada masa ditetapkan.

Ali berkata, jawatankua­sa itu akan memantau secara serius dan memastikan pelaksanaa­nnya sampai kepada rakyat.

“Bajet 2018 adalah paling komprehens­if dan inklusif kerana ia membawa manfaat untuk semua lapisan masyarakat, jadi dengan adanya jawatankua­sa ini, ia dapat dilaksanak­an secara berkesan,” katanya.

Katanya, selain pihak kerajaan, jawatankua­sa itu turut membabitka­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bank yang menyediaka­n kemudahan bagi pelaksanaa­n insentif diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2018.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, mulai tahun depan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi semua ketua setiausaha kementeria­n merangkumi pelaksanaa­n projek yang mesti mengikut jadual dan kos ditetapkan.

“Saya memberikan komitmen kepada Perdana Menteri dan rakyat iaitu bagi pihak perkhidmat­an dan penjawat awam keseluruha­nnya akan melaksanak­an segera Bajet 2018 tanpa kepincanga­n,” katanya.

 ??  ?? DR Ali (empat dari kiri) bersama penerima anugerah Hari Inovasi dan Kecemerlan­gan JPM, semalam.
DR Ali (empat dari kiri) bersama penerima anugerah Hari Inovasi dan Kecemerlan­gan JPM, semalam.
 ??  ?? APLIKASI Traqkid berfungsi sebagai alat pengesan kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia.
APLIKASI Traqkid berfungsi sebagai alat pengesan kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia