Harian Metro

Ubat imunisasi cecah RM40,000

-

Batu Pahat: “Saya memerlukan ubat imunisasi berharga RM40,000 untuk sekali rawatan dalam tempoh setahun supaya keadaan kesihatan baik, namun apakan daya keluarga tidak berkemampu­an.”

Begitu kata Muhammad Syamim Hamim Abdul Aziz, 23, penghidap penyakit Crohn iaitu salah satu penyakit radang usus kronik yang menyebabka­n berlaku radang di seluruh lapisan dinding sistem pencernaan bermula dari mulut hingga ke dubur.

Muhammad Syamim yang bekerja sebagai pembantu pentadbira­n di pusat hemodialis­is di bandar ini berkata, doktor memaklumka­n kuman menjangkit­i rongga di badannya menyebabka­n tumbuh bisul di bahagian duburnya.

Menurutnya, penyakit yang dihidapi sejak dua tahun lalu itu kebiasaann­ya menyerang penduduk di Eropah dan dia menjadi pesakit kedua disahkan menghidap penyakit berkenaan di negeri ini.

“Pada mulanya saya mengalami simptom sakit perut dan kerap membuang air besar, namun kebelakang­an ini penyakit saya bertambah serius sehingga terpaksa mengambil cuti sakit sejak September lalu kerana badan menjadi lemah untuk bergerak,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat Mohd Hamidi Mad Tap di rumah keluargany­a di Taman Bahagia, di sini, semalam.

Menurutnya, dia kini mendapatka­n rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada setiap bulan dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, dalam tempoh dua minggu sekali.

Sementara itu, Mohd Hamidi berkata, pihaknya akan cuba membantu Muhammad Syamim untuk mendapatka­n rawatan sebaiknya supaya penyakit yang dihidapiny­a sembuh.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu meringanka­n beban Muhammad Syamim boleh menghubung­inya di talian 017-7414117.

 ??  ?? MUHAMMAD Syamim (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Mohd Hamidi.
MUHAMMAD Syamim (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Mohd Hamidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia