Harian Metro

Cari dana demi anak lahir pramatang

-

Mertajam: “Selain perlu melakukan kerja lebih masa di kilang, saya mengambil upah mencuci kereta setiap Ahad,” kata seorang bapa yang terpaksa bekerja keras menampung perbelanja­an harian keluargany­a dan mendapatka­n dana sebanyak RM18,250 apabila seorang anaknya yang dilahirkan pramatang kini menghidap penyakit paru-paru kronik.

Mohd Noor Izham Abd Mutalib, 29, berkata, isterinya, Nur Emalina Jihan Abd Rahim, 32, sepatutnya melahirkan anak kedua iaitu bayi perempuan mereka, Nur Izzara Sofia Mohd Noor Izham pada November ini, namun dia dilahirkan pada 29 Ogos lalu ketika berusia 29 minggu, sekali gus dalam keadaan pramatang dengan berat 1.440 kilogram (kg).

Beliau berkata, kesan daripada komplikasi pramatang itu, Nur Izzara Sofia yang kini berusia dua bulan dengan berat 2.25kg terpaksa bergantung kepada bantuan mesin oksigen 24 jam untuk terus bernafas dengan baik.

“Doktor pakar di Jabatan Kanak-Kanak Hospital Seberang Jaya (HSJ) memaklumka­n terdapat sejenis jangkitan Respirator­y Syncytial Virus (RSV) didapati kerap berlaku terhadap kanak-kanak di bawah umur dua tahun mengakibat­kan batuk dan selsema, sekali gus turut mendapat komplikasi pernafasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendapat kunjungan dan menerima sumbangan daripada Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abdul Aziz Sheikh Ahmad di rumahnya di Taman Guar Perahu Indah, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, dia memohon agar pihak hospital mengambil inisiatif atau mencari jalan penyelesai­an bagi memudahkan permasalah­an dihadapi pasangan suami isteri berkenaan.

Orang ramai yang ingin membantu meringanka­n bebanan pasangan terbabit boleh menyalurka­nnya ke dalam akaun bank CIMB (7620767705) atas nama Mohd Noor Izham atau Maybank (1570912266­71) atas nama Nur Emalina Jihan.

 ??  ?? NUR Izzara terlantar di Hospital Seberang Jaya sejak lahir kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.
NUR Izzara terlantar di Hospital Seberang Jaya sejak lahir kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia