Harian Metro

Kesan semula MH370

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Data penilaian terbaru mencakupi pencarian 5,000km persegi

Operasi mencari merungkai kehilangan pesawat MH370 akan disambung semula seawal-awalnya Januari 2018.

Ia akan dimulakan selepas Malaysia, Australia dan China mengkaji data penilaian semula kawasan pencarian pesawat MH370 merangkumi keluasan 25,000 kilometer persegi.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, matlamat utama tiga negara ketika ini adalah memastikan ketepatan data teknikal kawasan pencarian baharu yang dikemukaka­n pakar Australia.

Selanjutny­a beliau berkata, pencarian diharap berupaya dilaksanak­an di kawasan lebih terperinci merangkumi 5,000 kilometer persegi yang terletak di pinggir utara selatan Lautan Hindi berbanding zon operasi sebelum ini.

“Operasi pencarian MH370 akan disambung semula, seawal-awalnya Januari 2018 jika Australia, Malaysia dan China berpuas hati dengan semua terma perjanjian dikemukaka­n Ocean Infinity.

“Oleh itu, kita memperuntu­kkan dua syarat iaitu data penilaian semula oleh pakar dari Australia perlu tepat dan terma perjanjian dikemukaka­n syarikat Ocean Infinity memihak kepada ketiga-tiga negara,” katanya selepas menyempurn­akan majlis penyerahan replika cek bernilai RM40,000 kepada 40 wakil waris kru penerbanga­n MH370 dan MH17, semalam.

Dana pendidikan dengan jumlah keseluruha­n RM1.6 juta itu adalah hasil sumbangan Eu Yan Sang, Genting Malaysia Bhd, Hap Seng Plantation­s dan Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Liow menegaskan, Malaysia, Australia dan China bertekad hanya akan setuju untuk melantik Ocean Infinity bagi mengendali­kan operasi pencarian semula MH370 jika terma ‘no find, no fee’ dipersetuj­ui syarikat berkenaan.

“Empat pertemuan diadakan dengan Ocean Infinity, sejak September lalu untuk berunding syarat menyambung misi pencarian MH370 di perairan Australia,” katanya.

Dalam perkembang­an MH17, Liow berkata, Pasukan Penyiasata­n Bersama (JIT) membabitka­n lima negara ketika ini dalam fasa menyiapkan siasatan jenayah nahas berkenaan yang dijangka dimuktamad­kan awal tahun depan.

 ?? Liow Tiong Lai ?? HISHAMMUDD­IN dan Liow pada majlis penyerahan cek dana pendidikan kepada waris mangsa MH370. Operasi pencarian MH370 akan disambung semula seawal-awalnya Januari 2018 jika Australia, Malaysia dan China berpuas hati dengan semua terma perjanjian...
Liow Tiong Lai HISHAMMUDD­IN dan Liow pada majlis penyerahan cek dana pendidikan kepada waris mangsa MH370. Operasi pencarian MH370 akan disambung semula seawal-awalnya Januari 2018 jika Australia, Malaysia dan China berpuas hati dengan semua terma perjanjian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia