Harian Metro

Pendapatan petani masih rendah Tak lupa 64,894 KIR miskin tegar

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Petani perlu mengubah minda dengan bersikap produktif serta berdaya saing untuk meningkatk­an pendapatan mereka dalam merealisas­ikan sasaran Malaysia menjadi negara maju berpendapa­tan tinggi pada 2020.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kementeria­n memperkena­lkan program Gelombang Tani Nasional (GTN) beberapa bulan lalu bagi mentransfo­rmasi dan membantu petani supaya menjadi lebih kompetitif bagi meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka.

“Pada masa ini kerajaan memberi pelbagai bantuan, insentif dan program sokongan untuk petani kita dalam semua kluster. Namun begitu, kita dapati purata pendapatan petani masih lagi rendah iaitu sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

“Ini tidak mencukupi untuk menghadapi keperluan kehidupan,” katanya.

Seramai 64,894 ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 12 Oktober lalu berstatus miskin tegar iaitu berpendapa­tan bawah RM580 sebulan.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, daripada jumlah itu, seramai 28,978 KIR adalah di kawasan bandar manakala 35,916 KIR lagi di kawasan luar bandar.

“Terdapat pelbagai program dan bantuan yang sudah, sedang dan akan dilaksanak­an Kerajaan Pusat dan negeri, khususnya bagi memastikan kadar kemiskinan terus dikurangka­n,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai bilangan miskin tegar dalam dan luar bandar serta jumlah ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang mendapat bantuan kementeria­n itu di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, antara langkah diperkenal­kan kementeria­nnya termasuk program Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawan­an Wanita (I-KeuNita) yang kini dikenali sebagai

 Pelbagai program dirangka kementeria­n jana pendapatan

lebih RM360 juta sehingga Ogos lalu.

Beliau berkata, bantuan untuk golongan OKU juga membabitka­n skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar di mana sehingga Ogos lalu, sejumlah 78,221 OKU mendapat manfaat daripada Skim Elaun Pekerja Cacat dengan peruntukan RM240 juta.

“Melalui skim Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, sejumlah 56,413 orang menerima bantuan ini dengan peruntukan RM97 juta. Bagi Bantuan Penjagaan OKU

Terlantar/Pesakit

Kronik

Terlantar pula, 24,571 penjaga menerima manfaat daripada bantuan ini dengan peruntukan sejumlah RM68 juta.

“Pada tahun lalu, seramai 577 OKU dan 889 ibu tunggal diberi bimbingan latihan keusahawan­an selain seramai 419 OKU dan ibu tunggal terbabit dengan program 2 Years Exit Program (2YEP) untuk diberi latihan keusahawan­an,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia