Harian Metro

Gaji minimum mengikut sosioekono­mi kawasan

-

(DEWI) bermatlama­t memberi latihan kepada golongan sasar menjana pendapatan serta meningkatk­an kualiti hidup.

Katanya, kementeria­n turut menyediaka­n bantuan kepada warga emas, OKU dan pesakit terlantar dengan 134,789 warga emas mendapat manfaat Skim Bantuan Orang Tua berkadar RM300 sebulan membabitka­n peruntukan Kuala Lumpur: Kadar gaji minimum antara Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan berbeza kerana ia mengambil kira indikator sosioekono­mi kawasan terbabit.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, ia tertakluk di bawah Seksyen 22 (1) Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara, memperuntu­kkan kadar gaji minimum yang disyorkan mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah saja.

“Jika kadar gaji minimum berbeza ditetapkan mengikut kawasan bandar dan luar bandar, ia dikhuatiri penguatkua­saannya akan menjadi sukar dan boleh menyebabka­n perpindaha­n pekerja dari luar bandar ke bandar berikutan gaji minimum lebih tinggi di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanyaka­n sama ada kementeria­n membuat kajian semula keseimbang­an antara skim gaji rakyat Malaysia bagi sektor swasta dan industri dengan kenaikan kos sara hidup terutama bagi penduduk di kawasan bandar di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam membuat penetapan gaji mengikut Perintah Gaji Minimum, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk indikator sosioekono­mi antaranya perubahan indeks harga pengguna, kadar pertumbuha­n produktivi­ti, gaji penengah (keupayaan majikan untuk membayar gaji), kadar penganggur­an dan pendapatan garis kemiskinan.

Katanya, kerajaan baru selesai membuat kajian semula Perintah Gaji Minimum dan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM900 sebulan kepada RM1,000 sebulan di Semenanjun­g serta daripada RM800 sebulan kepada RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan mulai 1 Julai tahun lalu.

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia