Harian Metro

Denda tawar seks pada polis Makanan habis

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Seorang wanita warga Bangladesh didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis dan menyalah guna pas pelajar, bulan lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Salma Sultana, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menawarkan perkhidmat­an seks bagi maksud persundala­n kepada seorang anggota polis dengan berkata,

‘Hai baby, u want me, come on, only RM100’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kaki lima di hadapan sebuah hotel di Jalan Imbi, di sini, jam 6.30 petang, 20 September lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgu­nakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pelacur di tempat, masa dan tarikh sama.

Terdahulu, peguam, T Harpal Singh yang mewakili Salma memohon hukuman denda ringan atas alasan tertuduh perlu menanggung dua anak yang masih kecil di negara asal selain dia tiada rekod lampau.

Seorang bekas pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan runcit dengan alasan dia kehabisan sumber makanan di rumah.

Majistret Norina Maludin, menjatuhka­n hukuman itu ke atas Norizam Salam, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Norina turut memerintah­kan hukuman penjara ke atas bapa dua anak itu bermula dari tarikh hukuman iaitu semalam.

Mengikut pertuduhan, Norizam didakwa mencuri barangan makanan runcit milik pasar raya Aeon Ayer Keroh bernilai RM720.15 di Aeon Jusco Ayer Keroh jam 9.30 malam, 7 Oktober lalu.

Justeru, Norizam didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal

 Bekas pekerja kontrak dipenjara sehari, denda RM1,500 curi pelbagai barangan runcit

terhadap Norizam selepas mengambil kira kekerapan kes kecurian di pasar raya terbabit selain sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

Namun, tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari, merayu hukuman ke atas anak guamnya diringanka­n atas alasan tertuduh melakukan kesalahan itu atas faktor tekanan hidup berikutan tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai kerani.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norina menjatuhka­n hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh menjelaska­n denda terbabit.

 ?? FOTO: RASUL AZLI SAMAD ?? NORIZAM (kanan) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
FOTO: RASUL AZLI SAMAD NORIZAM (kanan) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
 ??  ?? DUA dari kiri, Nur Nadia, Nurul Aishah dan Wan Mazuwan Idayu dituduh mencuri barang kemas.
DUA dari kiri, Nur Nadia, Nurul Aishah dan Wan Mazuwan Idayu dituduh mencuri barang kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia