Harian Metro

Ibu dua anak dipenjara sehari

-

Melaka: Ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri pelbagai barangan makanan di sebuah pasar raya, September lalu.

Tertuduh, Norizati Sulaiman, 29, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh dengan mengangguk­kan kepala tanda faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri barangan runcit bernilai RM330.22 di Aeon Jusco Ayer Keroh, jam 9.20 malam, 25 September lalu.

Justeru, Norizati didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 25 September lalu, tertuduh yang menyorong troli mengandung­i barangan makanan ditahan selepas kelihatan mencurigak­an.

Malah, dia gagal mengemukak­an resit ketika diminta berbuat demikian oleh pihak pengurusan pasar raya terbabit. Pada 26 September, polis membuat tangkapan semula ke atas tertuduh selepas menerima laporan daripada pengadu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashanga­ri memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap wanita itu sebagai pengajaran buat dirinya dan masyarakat.

“Untuk pengetahua­n mahkamah, tertuduh mencuri pelbagai barangan bukan keperluan asas,” kata Sivashanga­ri.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Nik Norhaizun Che Mat merayu anak guamnya dikenakan hukuman paling minimum kerana menjaga dua anak kecil berusia 12 bulan (setahun) dan lima tahun.

“Anak guam saya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami iaitu seorang peniaga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORIZATI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
NORIZATI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia