Harian Metro

Pemandu mengaku salah rompak kedai serbaneka, acu pistol tiruan

-

Seorang pemandu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua pertuduhan merompak dan mengacukan pistol tiruan kepada dua pekerja sebuah kedai serbaneka, Ahad lalu.

Mohd Nuri Selajudin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak warga Bangladesh, Muhammad Sorieat Ullah, 25, dan Ali Reza, 20, dengan mengacukan pistol tiruan dengan cuba melarikan wang dalam kaunter kedai berkenaan.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengacukan pistol tiruan jenis pistol angin ketika melakukan rompakan ke atas mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabka­n ketakutan, mati atau cedera terhadap mangsa.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan minimum tiga kali.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kedai serbaneka itu di Jalan Hang Lekir, Dang Wangi di sini, pada jam 2.50 pagi, 26 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddi­n, manakala tertuduh diwakili peguam ML Hoe.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk pembentang­an fakta kes dan jatuh hukum.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia