Harian Metro

Jangan sorok kejadian di sekolah

-

Johor Bahru: Pengurusan sekolah perlu melaporkan sebarang kegiatan menyalahi undang-undang yang berlaku di sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau negeri dengan segera atau berdepan tindakan tegas.

Amaran itu diberikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia kepada semua pengetua serta pegawai kanan sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara bagi membolehka­n pelbagai pihak mencari jalan penyelesai­an jangka pendek dan panjang terhadap sesuatu masalah terbabit.

Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk P Kamalanath­an berkata, walaupun menyifatka­nnya sebagai kes terpencil, namun semua pengetua dan pengurusan sekolah perlu sedar tiada sebab untuk menyembuny­ikan apa-apa kejadian yang berlaku di sekolah masing-masing.

“Semua perlu sedar, sekarang zaman teknologi maklumat...jadi setiap kejadian yang berlaku lebih mudah tersebar dan sebab itu apabila ada kejadian tidak diingini berlaku lebih baik maklumkan kepada PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri supaya semua pihak boleh menjalanka­n siasatan segera.

“Saya yakin semua pihak akan mengikut arahan ini kerana pengurusan berisiko dikenakan tindakan hingga menjejaska­n karier mereka. Jadi janganlah bagi apa-apa alasan dan terus buat laporan segera bila-bila masa.

“Buat masa ini, hanya ada satu, dua kes di mana pengurusan cuba menyembuny­ikan kejadian (menyalahi undang-undang) yang berlaku, namun kami mendapat tahu apabila PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) membuat aduan kepada kementeria­n sedangkan tiada laporan diterima daripada pihak sekolah,” katanya selepas merasmikan Simposium Hal Elwal Murid Peringkat Kebangsaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia 2017 di Pejabat Jabatan Pendidikan Johor, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarka­n rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya 400 daripada 10,000 sekolah di negara ini dikategori­kan sebagai kerana terdedah dengan aktiviti gengsteris­me.

Katanya, walaupun jumlah itu dilihat masih kecil, namun pihaknya memandang serius dan sentiasa bekerjasam­a dengan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membendung kegiatan itu menular kepada pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia