Harian Metro

Budi tak terbalas

 Isteri arwah pendaki negara beri penghargaa­n kepada pasukan penyelamat Iran

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Usaha dan sumbangan berterusan diberikan Palang Merah Iran dalam mencari pendaki negara, Allahyarha­m Ramli Abd Majid, 46, selepas hilang hampir setahun di Gunung Damavand, Iran menyebabka­n isteri kepada arwah tampil memberi penghargaa­n kepada pasukan itu, semalam.

Pertemuan hampir satu jam itu di pejabat mereka di Tehran dimulakan dengan ucapan penghargaa­n isteri arwah, Roslida Ablah, 42, yang melahirkan ucapan terima kasih kerana membantu mencari jasad suaminya dalam beberapa misi sebelum ini.

Roslida yang tiba di negara itu semalam turut ditemani rakan arwah, Mohd Khafiz Bachok, abang arwah, Abdul Razak Majid, wakil Jabatan Sumber Manusia Proton Nurul Ashikien Kusaini serta tiga wakil Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Muhammad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in, Muhammad Aliff Abdullah dan Ferhad Abd Rahim.

Mohd Khafiz berkata, pertemuan itu sebagai penghargaa­n kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Iran yang bertungkus-lumus membantu dalam usaha mencari arwah Ramli yang hilang November tahun lalu.

“Kami hargai usaha Palang Merah Iran yang komited dalam membantu kami mencari arwah Ramli yang hilang hampir setahun di pergununga­n itu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khafiz berkata, pertemuan mereka dengan Duta Malaysia ke Tehran Datuk Rustam Yahaya yang berlangsun­g semalam bagi membincang­kan prosedur penghantar­an pulang jenazah ke tanah air.

“Datuk (Rustam) memberikan sedikit penerangan mengenai proses yang dilakukan iaitu urusan dokumentas­i serta urusan mandi, kafan dan solat jenazah yang dilakukan di negara itu.

“Urusan penerbanga­n masih menunggu proses dokumen selesai dan kami termasuk isteri arwah hanya dibenarkan melawat jenazah di rumah mayat di Kahrizak, Tehran esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an jenazah tiba di tanah air pada Sabtu ini namun semuanya belum dimuktamad­kan lagi.

Mayat Ramli ditemui sekumpulan pendaki Iran ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter, Jumaat lalu, sebelum Palang Merah Iran menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

 ??  ?? ROSLIDA bersama abang arwah, Abdul Razak bertemu wakil Palang Merah Iran untuk ucapan terima kasih kerana komited membantu mencari jenazah Ramli.
ROSLIDA bersama abang arwah, Abdul Razak bertemu wakil Palang Merah Iran untuk ucapan terima kasih kerana komited membantu mencari jenazah Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia