Harian Metro

Pekerja kedai cap ayam terkedu

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 KPDNKK rampas lebih 800 barangan Adidas ciplak

Pekerja tiga kedai menjual barangan tiruan berjenama di sekitar bandar ini berpura-pura tidak bekerja di premis itu sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa kelmarin.

Ketika serbuan, semua pekerja itu tidak sempat melarikan diri sebelum cuba menipu penguat kuasa yang mahu menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut.

Operasi secara berasingan itu dijalankan sepasukan sembilan pegawai dan anggota Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasanya Ariffin Awang, kira-kira jam 2 petang.

Ia membawa kepada rampasan lebih 800 barangan tiruan berjenama Adidas termasuk pakaian dan selipar yang dianggarka­n bernilai RM39,512.

Pegawai Penguat kuasa Kanan KPDNKK negeri, Azizul Rahman Sapahin berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya dan aduan awam mengenai kegiatan penjualan barangan tiruan di tiga kedai terbabit.

“Dalam serbuan di premis pertama, kita menyita 356 barangan tiruan jenama Adidas yang dianggarka­n RM17,884.

“Ia kemudian diikuti 497 unit barangan jenama sama di dua premis berikutnya membabitka­n nilai rampasan RM21,628,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, semua barangan itu dihantar ke stor KPDNKK di Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Azizul berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

 ?? Azizul ?? ANGGOTA KPDNKK merampas barangan tiruan dalam operasi. Dalam serbuan di premis pertama, kita menyita 356 barangan tiruan jenama Adidas yang dianggarka­n RM17,884”
Azizul ANGGOTA KPDNKK merampas barangan tiruan dalam operasi. Dalam serbuan di premis pertama, kita menyita 356 barangan tiruan jenama Adidas yang dianggarka­n RM17,884”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia