Harian Metro

MBT terima ketuhar tiga tingkat RM60,000

-

Shah Alam: Yayasan EcoWorld menyumbang sebuah ketuhar pembakar elektrik tiga tingkat bernilai RM60,000 kepada Monfort Boys Town (MBT) di sini, semalam.

Sumbangan oleh yayasan dinaungi syarikat pemaju, Eco World Developmen­t Group Berhad (EcoWorld) itu memberi manfaat kepada 50 pelajar di Jabatan Bakeri & Pastri pusat latihan berkenaan.

Ahli Pemegang Amanah yayasan itu, Philip Mathews berkata, sektor pendidikan dianggap pelaburan untuk masa depan negara dan pihaknya sentiasa memfokuska­n kepada sekolah yang memerlukan bantuan.

“Kami jarang memberi sumbangan peralatan dan mesin yang mahal untuk mana-mana institusi namun Montfort dianggap layak menerimany­a kerana membantu pelajar kurang bernasib baik sejak 58 tahun lalu.

“Ketuhar berteknolo­gi baru itu diharap dapat membantu puluhan pelatih yang kini mendaftar dalam program sijil kemahiran selama satu hingga dua tahun di pusat berkenaan,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan ketuhar itu semalam.

Turut hadir Ahli Pemegang Amanah Yayasan EcoWorld Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Liew Siong Sing; Pengarah MBT Robin D serta Bekas Pengarahny­a Mark Tee.

MBT yang mempunyai 380 pelajar itu menawarkan sijil kemahiran dalam lapan bidang antaranya mekanikal, elektrik, hospitalit­i, makanan dan reka bentuk grafik.

Menurut Philip, statistik menunjukka­n Malaysia masih memerlukan pekerja mahir sehingga perlu mengimport pekerja asing dari luar negara yang kini melebihi dua juta orang.

“Justeru, kita mengharapk­an lebih banyak graduan berkemahir­an tinggi seperti dari Montfort ini untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja asing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia