Harian Metro

Kekal mesra

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

 Malaysia di tangga ke-24 paling mudah dalam aktiviti perniagaan antarabang­sa

Malaysia berada di kedudukan ke-24 dunia sebagai negara paling mudah dalam aktiviti perniagaan antarabang­sa menurut Bank Dunia menerusi Laporan Menjalanka­n Perniagaan 2018 (DB2018).

Tahun lalu, menerusi DB yang diterbitka­n bagi 2017 (DB2017) Malaysia berada di kedudukan ke-23 iaitu pada tahun ini, angka itu merekodkan kejatuhan satu tangga kedudukan. Bagaimanap­un, prestasi itu tidak mencermink­an kejatuhan prestasi keseluruha­n negara.

Pengurus Negara Bank Dunia di Malaysia, Fariz Hadad-Zervos berkata, dari segi skor ‘jarak ke hadapan’ (DTF), Laporan DB2018 memberikan negara skor 78.43 tahun ini berbanding 77.47 tahun lalu daripada 100 markah keseluruha­n.

Beliau berkata, daripada 25 kalangan negara mesra menjalanka­n perniagaan dunia tahun ini, Malaysia antara 10 negara yang mempunyai kemajuan dalam pemarkahan DTF dan ia sekali gus mencermink­an prestasi positif.

“Penurunan kedudukan Malaysia dalam rekod berkenaan berikutan hasil pembaharua­n dilaksanak­an Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksika­n kenaikan Skor DTF sebanyak 1.87, sekali gus kedudukan negara itu naik mendadak daripada 26 pada tahun lalu kepada 21 tahun ini.

“Bagaimanap­un, di peringkat Asia Timur dan Pasifik, Malaysia kekal di kedudukan keempat selepas Singapura, Hong Kong dan Taiwan,” katanya di majlis pelancaran DB2018 di sini, semalam.

DB2018 mewakili petunjuk kuantitati­f 10 bidang kawal selia perniagaan iaitu memulakan perniagaan, menguruska­n permit pembinaan, mendapatka­n tenaga elektrik, mendaftar harta, mendapatka­n kredit, melindungi pelabur minoriti, membayar cukai, urus niaga rentas sempadan, menguruska­n kontrak dan menyelesai­kan insolvensi.

Sepanjang 15 tahun lalu ketika laporan itu kali pertama diperkenal­kan, Malaysia sudah melaksanak­an 23 pembaharua­n, lebih tinggi daripada purata 15 pembaharua­n yang dilakukan oleh negara di rantau Asia Timur dan Pasifik.

Fariz berkata, dari segi melindungi pelabur minoriti, Malaysia berada di kedudukan keempat yang mana ia memerlukan ketelusan korporat yang tinggi selain mengatasi penyalahgu­naan aset syarikat bagi kegunaan peribadi.

“Malaysia melaksanak­an tiga pembaharua­n perniagaan sepanjang tahun lalu iaitu mendapatka­n kredit, urus niaga rentas sempadan dan melindungi pelabur minoriti.

“Kerajaan Malaysia melaksanak­an pengukuhan dalam rangka kerja kawal selia perniagaan dan ia penting untuk diberi tumpuan memandangk­an perkara ini sering menjadi cabaran kepada syarikat kecil dan sederhana,” katanya.

 ??  ?? FARIS (tiga dari kiri) menunjukka­n buku laporan pada majlis pelancaran DB2018 di Kuala Lumpur, semalam.
FARIS (tiga dari kiri) menunjukka­n buku laporan pada majlis pelancaran DB2018 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia