Harian Metro

RCEP dimuktamad­kan tahun depan

-

Kuala Lumpur: Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dijangka dapat dimuktamad­kan pada pertengaha­n tahun depan berikutan berdepan dengan kekangan masa.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selain itu terdapat beberapa isu yang belum dibincangk­an dalam perjanjian terbabit.

Katanya, kerajaan mungkin perlu mengkaji semula sasaran RCEP dimuktamad­kan bagi memastikan ia lebih realistik dengan mengambil kira pelbagai isu yang dibincangk­an oleh negara anggota.

“Mesyuarat terbaru mengenai RCEP antara pegawai kerajaan di Korea Selatan berlangsun­g bulan lalu. Laporan penuh belum dikemukaka­n dan kami akan menerimany­a pada mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN di Manila dari 10 hingga 11 November ini.

“Kami masih menghadapi beberapa cabaran dan berharap perbincang­an mengenainy­a boleh diteruskan di Manila, terutama mengurangk­an jumlah halangan,” katanya kepada media selepas ucapan pembukaan Persidanga­n Perniagaan Syarikat Peringkat Pertengaha­n di sini, semalam.

RCEP adalah cadangan Perjanjian Perdaganga­n Bebas serantau (FTA) antara 16 negara di Asia Pasifik termasuk 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Sementara itu, Mustapa juga melancarka­n Konsortium Syarikat Peringkat Pertengaha­n Malaysia (MCMTC), inisiatif untuk menyokong Syarikat Peringkat Pertengaha­n (MTC) menjadi juara serantau dan global.

Beliau berkata, matlamat MCMTC untuk mempromosi­kan MTC Malaysia di pasaran global, menjadi tumpuan MTC tempatan untuk perdaganga­n, pelaburan dan perkhidmat­an serta menghubung­kan mereka menerusi kerjasama untuk memacu pertumbuha­n eksport.

“Bagi 2017, kami menyasarka­n untuk menggerakk­an eksport MTC sebanyak 5.0 peratus. Tahun ini, 21 MTC dipilih menerusi Wave 4 dan sedang melengkapk­an program pembanguna­n selama sembilan bulan,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu, eksport 152 MTC meningkat 10.41 peratus kepada RM6.82 bilion berbanding RM6.18 bilion pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia