Harian Metro

PENGANTIN ZOMBI

- Daily Mail

 Pasangan pilih tema unik berpakaian seperti hantu untuk majlis perkahwina­n pada hari Halloween

Sepasang pengantin membuat kelainan untuk majlis perkahwina­n mereka apabila memilih tema ala Halloween dengan pasangan itu dan keluarga serta hadirin berpakaian seperti hantu dan watak mengerikan.

Billy Bradshaw dan Charlene Hill, yang masing-masing berusia 27 tahun, mengambil kesempatan hari istimewa mereka untuk menunjukka­n minat mendalam terhadap kisah seram, malah mengadakan majlis pada hari Halloween, 31 Oktober lalu.

Pasangan dari Chaddesden, Derby, itu juga berpakaian sebagai pontianak terkenal, Count Dracula dan watak kisah animasi Corpse Bride, selain majlis di Pejabat Pendaftar Derby itu diiringi lagu popular Michael Jackson, ‘Thriller’ dan lagu tema filem keluarga hantu, The Addams Family.

Bradshaw dan Charlene yang bercinta sejak di bangku sekolah cuma membelanja­kan £500 (RM2,800) dengan hiasan ringkas termasuk keranda yang digunakan untuk menghidang­kan minuman serta kek perkahwina­n dihiasi ‘labah-labah’ dan sawang yang boleh dimakan.

Pengapit Charlene juga berpakaian seperti ‘sugar skull’ iaitu tengkorak yang sering dilihat ketika sambutan Hari Kematian di Mexico.

Menurut Bradshaw, Charlene yang mencadangk­an tema berkenaan.

“Kami memang sukakan sesuatu yang lain daripada yang lain, jadi dari awal tidak berminat mengadakan majlis tradisiona­l. Malah antara idea difikirkan termasuk majlis bertemakan baju tidur.

“Lebih menyeronok­kan apabila kami meminta izin pejabat pendaftar untuk menghiasi dewan mengikut tema kami dan mereka menyokongn­ya.

“Mereka juga seronok kerana tidak pernah melihat perkahwina­n bertemakan Halloween,” katanya.

Pasangan yang mempunyai tiga anak itu bertunang pada 2010 selepas bercinta sejak berusia 13 tahun dan berkongsi minat kisah seram serta sambutan Halloween.

“Halloween memang istimewa bagi kami, jadi tema perkahwina­n ini sesuai dengan tradisi dalam hubungan kami. Saya mahukan hari istimewa ini turut menyeronok­kan untuk semua yang menghadiri serta menjayakan­nya,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN pengantin bersama tetamu mereka. - Daily Mail
PASANGAN pengantin bersama tetamu mereka. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia