Harian Metro

Bunuh anak OKU takut tiada penjaga

-

Beijing: Seorang wanita berusia 83 tahun dari selatan China dikenakan hukuman tergantung selama tiga tahun atas tuduhan membunuh anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 46 tahun kerana bimbang tiada sesiapa dapat menjaga lelaki itu selepas kematianny­a.

Mahkamah di Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong mendapati wanita yang dikenali sebagai Huang itu, bersalah atas jenayah berkenaan, namun diberi pertimbang­an berdasarka­n keadaan kes terbabit, lapor Beijing Youth Daily pada Isnin.

“Dia layak mendapat belas ihsan walaupun melanggar undang-undang,” kata presiden mahkamah dan ketua hakim, Wan Yunfeng.

Ketika pendengara­n di mahkamah pada 9 Mei lalu, Huang dikatakan memberi makan kira-kira 60 biji ubat tidur kepada anaknya, Li dan mencekik lelaki terbabit menggunaka­n skaf sutera sambil menekap hidungnya menggunaka­n pad kapas.

Dalam perbicaraa­n pada 21 September lalu, wanita berkenaan mengatakan dia membunuh anaknya kerana bimbang tiada siapa akan menjaga Li selepas dia meninggal dunia dan menyerah diri kepada pihak polis pada hari yang sama.

Menurutnya, dia mengambil tindakan drastik itu selepas kesihatann­ya semakin terjejas dua tahun lalu.

“Saya tidak pernah berputus asa dengan dia. Dia anak saya,” kata Huang ketika ditanya sama ada pernah terlintas di fikirannya sebelum ini untuk membunuh anaknya.

Li dilahirkan pramatang dan mengalami kecacatan fizikal serta mental hingga menyebabka­nnya tidak dapat berjalan atau bercakap, manakala keadaannya semakin teruk sebelum kematianny­a.

“Saya semakin tua dan lemah, mungkin akan meninggal dunia sebelumnya.

“Idea untuk membunuhny­a terlintas kira-kira seminggu sebelum (pembunuhan) dan ia bukan keputusan yang mudah dicapai,” katanya ketika menyerah diri kepada polis.

Wanita itu berkata, dia turut menulis sekeping nota sebelum memberi pil tidur kepada Li yang menjelaska­n bahawa semua itu perbuatann­ya dan sama sekali tidak berkaitan dengan orang lain.

Ketika ditanya pendakwa raya di mahkamah mengapa dia tidak menyerahka­n Li untuk dijaga oleh abangnya, Huang mengatakan dia tidak mahu menyusahka­n abangnya. - Agensi

 ??  ?? HUANG menangis ketika memberi keterangan dalam prosiding sebelum ini. - Agensi
HUANG menangis ketika memberi keterangan dalam prosiding sebelum ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia