Harian Metro

Tahan militan Indonesia

 Lelaki disyaki antara anggota awal terbabit serbuan Marawi ditangkap pihak berkuasa Filipina

-

Pihak keselamata­n FiReutersl­ipina

semalam menahan warga Indonesia yang disyaki antara militan yang merampas bandar Marawi pada Mei lalu, kata pihak berkuasa tentera dan polis.

Penjaga keamanan komuniti menahan warga Indonesia itu pagi semalam, kata Timbalan Komander pasukan khas Marawi, Kolonel Romeo Brawner kepada wartawan.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Muhammad Ilham Shaputra, 23, dari Bandar Medan di Utara Sumatera, kata ketua polis wilayah Lanao del Sur, John Guyguyon.

Beg miliknya didapati mengandung­i telefon bimbit, pistol .45 kaliber, serpihan bom serta mata wang Filipina, Indonesia dan riyal, ketika dia cuba melepaskan diri menerusi sebuah tasik, kata Guyguyon.

“Kami memfailkan kes terhadapny­a kerana dia sebahagian daripada kumpulan awal yang terbabit dalam penawanan Marawi,” kata Guyguyon dalam satu sidang akhbar.

Menurutnya, pihaknya menyediaka­n laporan siasatan sebelum menambah pelbagai tuduhan lain termasuk pemberonta­kan serta keganasan difailkan terhadapny­a.

Katanya, warga Indonesia terbabit membuat pengakuan bahawa beberapa lagi rakannya bersembuny­i di kawasan utama pertempura­n di Marawi.

Militan Indonesia itu tiba di Filipina pada November tahun lalu atas jemputan Isnilon Hapilon, Ketua Daish di Asia Tenggara yang terbunuh di Marawi bulan lalu, kata Guyguyon.

Penangkapa­n itu menunjukka­n ‘pembabitan orang awam penting dalam usaha bersama bagi memastikan keselamata­n komuniti daripada elemen pengganas’,” kata seorang ahli politik yang membantu usaha menyelamat dan bantuan, Zia Alonto Adiong menerusi satu kenyataan.

Tangkapan itu sehari selepas seorang militan pro-Daish ditembak mati dan sembilan hari selepas Filipina menamatkan operasi ketenteraa­n.

Penawanan Marawi itu mencetuska­n kebimbanga­n bahawa militan Daish menjadikan rantau Asia Tenggara hab mereka seterusnya mendorong usaha ketenteraa­n selama lima bulan dilakukan membabitka­n pejuang dalaman dan luar seperti Indonesia, Malaysia dan Asia Barat.

Lebih 1,100 orang - kebanyakan­nya anggota militan - terbunuh dalam pengepunga­n itu yang memaksa kira-kira 350,000 penduduk meninggalk­an rumah masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia