Harian Metro

Timbalan Theresa nafi tidak sopan

-

London: Pemimpin kedua kerajaan Britain Damian Green menafikan dakwaan dia bertindak tidak sopan terhadap seorang wanita ketika perbincang­an mengenai budaya tidak sihat membabitka­n penyalahgu­naan kuasa oleh lelaki berpengaru­h dalam politik Britain.

Green yang juga timbalan kepada Perdana Menteri Theresa May menafikan dia menyentuh lutut wanita itu sambil mengatakan ‘isterinya sangat memahami’ ketika perjumpaan di sebuah pub ketika mereka bertemu untuk membincang­kan rancangan kerjaya hubungan sulit dalam kalangan ahli Parlimen.

Dalam pada isu gangguan seksual membabitka­n penerbit Hollywood, Harvey Weinstein masih menggempar­kan dunia, Parlimen di Westminste­r kini antara institusi yang berdepan dakwaan perbuatan sumbang oleh lelaki yang mempunyai kedudukan berpengaru­h.

Dakwaan terhadap Green dibuat Kate Maltby, pakar akademik dan pengkritik berusia tiga dekad lebih muda daripadany­a.

Dalam artikel disiarkan akhbar Times, Kate berkata, pertemuan dengan Green itu pada awal 2015 dan menunjukka­n minat secara seksual terhadapny­a.

“Dia begitu selamba menawarkan nasihat untuk membina kerjaya saya tetapi pada masa sama menampakka­n minatnya. Ketika itu sekalipun saya anggap perbuatan itu tidak boleh diterima apatah lagi di Westminste­r,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menghubung­i Green sehingga setahun selepas kejadian itu kerana enggan berinterak­si dengannya.

Bagaimanap­un, setahun kemudian dia menulis artikel untuk Times mengenai sejarah penggunaan korset yang turut memaparkan gambarnya memakai pakaian itu dan terus dihubungi Green yang memuji penampilan­nya dalam rencana berkenaan.

Sementara itu, Theresa berkata, dia akan mengambil tindakan jika ada bukti berlaku salah laku seks di Parlimen. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia