Harian Metro

JADI TUMPUAN

 Penampilan Azizul di Velodrom BGZ Arena cukup istimewa

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Penampilan di Velodrom BGZ Arena di Pruszkow, Poland pada siri pertama Piala Dunia memberi makna istimewa kepada jaguh keirin dunia, Azizulhasn­i Awang.

The Pocketrock­etman pasti akan menjadi tumpuan pelumba dan penonton apabila tampil buat kali pertama di pentas siri Piala Dunia dengan menyarung jersi pelangi dalam acara keirin selepas bergelar juara dunia pada musim lalu.

“Saya akan turun selaku juara dunia dan memperagak­an jersi pelangi yang menjadi idaman setiap atlet basikal. Malah penampilan di Poland mengimbau kembali penampilan pada 2009, satu kenangan yang manis apabila hampir meraih emas di Kejohanan Dunia,” jelas pelumba CIMB Pro Cycling Team itu.

Pada 2009, Azizulhasn­i mula dikenali di mata dunia apabila memberikan tentangan yang sengit kepada pelumba Perancis, Gregory Bauge dalam aksi pecut individu sehingga pemenang terpaksa ditentukan menerusi perlumbaan pusingan ketiga.

Ia hadir selepas kejayaan rakan sepasukan Mohd Rizal Tisin memenangi gangsa menerusi satu kilometer ujian masa yang menempa sejarah baru sukan berbasikal negara kerana Malaysia belum pernah meraih pingat di Kejohanan Dunia sebelum itu.

“Bagaimanap­un situasi kali ini berbeza kerana penampilan di Poland dan seterusnya ke Manchester minggu depan adalah lebih kepada ‘pemanas badan’ bagi mendapatka­n rentak dan melihat prestasi pencabar yang lain.

“Saya masih berada dalam persiapan awal bagi menghadapi kejohanan besar tahun depan seperti Kejohanan Dunia di mana saya akan turun selaku juara bertahan, selain Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), Sukan Asia dan Komanwel,” katanya.

Seperti kebiasaan, selain keirin pelumba kelahiran Terengganu berkenaan akan menyertai pecut individu dengan saingan sengit dijangka berlaku apabila sejumlah pelumba handalan dunia mengesahka­n penyertaan seperti pemenang emas keirin Sukan

Komanwel

2014,

Matthew

Glaetzer dari Australia, juara dunia lima kali dari Belanda, Theo Bos serta juara Amerika Selatan, Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia.

Pelumba ranking nombor satu dunia dalam acara keirin, Tomas Babek dari Republik Czech turut mengesahka­n penyertaan selain Callum Skinner (Great Britain), Maximilian Levy (Team Erdgas.2012-Jerman), Kanzuri Watanabe (Jepun) dan Edward Dawkins (New Zealand).

 ??  ?? RIZAL menang gangsa menerusi satu kilometer ujian masa di Kejohanan Dunia sebelum itu. AZIZULHASN­I bakal jadi tumpuan pelumba dan penonton di Velodrom BGZ Arena.
RIZAL menang gangsa menerusi satu kilometer ujian masa di Kejohanan Dunia sebelum itu. AZIZULHASN­I bakal jadi tumpuan pelumba dan penonton di Velodrom BGZ Arena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia