Harian Metro

Renang gagal senarai tiga tonggak

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad renang kebangsaan tidak dapat menyenarai­kan beberapa nama besar termasuk pemenang emas Sukan SEA dan pemegang rekod kebangsaan, Phee Jinq En di temasya Sukan Komanwel, Gold Coast tahun depan.

Atlet renang yang berpangkal­an di Amerika Syarikat seperti Jinq En (Universiti Purdue), Christina Loh (Universiti Florida) dan Lim Ching Hwang (Universiti Ohio) tidak dapat menyertai Sukan Komanwel apabila mereka mewakili institusi pengajian tinggi masing-masing dalam satu lagi temasya di negara berkenaan.

Jurulatih kebangsaan, Paul Birmingham mengesahka­n bahawa beliau tidak akan

(gambar)

menyenarai­kan ketiga-tiga perenang berkenaan di Australia nanti.

“Semua perenang yang berpangkal­an di AS akan mewakili kolej masing-masing ketika itu dan sukar bagi mereka untuk kembali,” kata Paul.

“Kami akan menghantar empat atau lima perenang ke Sukan Komanwel dan pemilihan akan dijalankan berdasarka­n prestasi semasa, mata FINA yang dikumpul selain turut mengambil kita peluang mereka untuk layak ke separuh akhir.”

Bagaimanap­un, Birmingham mengaku adalah sukar untuk memenuhi tahap kelayakan yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“MOM menjadikan masa yang dicatat perenang di tempat kelima atau keenam di Glasgow 2014 sebagai penanda aras.

“Adalah sukar untuk perenang sedia ada menyamai masa berkenaan kerana tahap Komanwel adalah sangat tinggi.

“Ia turut sukar buat atlet seperti Welson (Sim) tetapi kami akan terus melatihnya dalam acara 200m dan 400m gaya bebas.”

Welson memenangi dua emas, satu perak dan satu gangsa selain turut memecahkan dua rekod di Sukan SEA lalu. Dia diangkat selaku Atlet Lelaki Terbaik temasya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia