Harian Metro

Elak mimpi ngeri berulang

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Farah tak mahu gawang dibolosi lawan yang jaringkan gol kemenangan pada lewat permainan

Penjaga gol skuad hoki wanita negara Farah Ayuni Yahya tidak mahu mimpi ngeri bolos pada lewat permainan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia berulang apabila bertemu juara bertahan, Jepun pada suku akhir di Kakamigaha­ra, Jepun, hari ini.

Jelas penjaga gol terbaik Asia itu, banyak yang dipelajari daripada kekalahan tipis 4-5 kepada China serta 0-2 di tangan India yang menyaksika­n lawan mencipta gol kemenangan pada lewat permainan.

“Dua perlawanan itu memang banyak memberi pengajaran kepada kami. Kekalahan itu menuntut kami untuk lebih fokus dan tidak mudah leka pada minit-minit akhir perlawanan.

“Bukan saya saja, semua

(gambar)

rakan sepasukan juga berasa kecewa sebab kami dilihat lebih banyak menguasai permainan ketika bertemu India.

“Kami bekerja keras hingga satu ketika pemain India kelihatan tertekan. Tapi nasib tidak memihak kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Meskipun dilihat berdepan misi sukar bertemu Jepun esok, Farah tetap bersikap positif dan tidak mahu rakan sepasukann­ya cepat berputus asa.

“Bagi saya peluang masih ada untuk kami mencatat kemenangan. Ini perlawanan kalah mati dan kami tinggal selangkah lagi hendak ke separuh akhir.

“Walaupun pernah menewaskan Jepun sebelum ini pada Trofi Juara-Juara Asia tahun lalu, tapi perlu diingat kali ini mereka bermain di tempat sendiri.

“Harap kami tidak terbawa-bawa perasaan tertekan apabila bertemu mereka esok,” katanya.

 ??  ?? SKUAD hoki wanita akan bertemu Jepun pada suku akhir di Kakamigaha­ra, hari ini.
SKUAD hoki wanita akan bertemu Jepun pada suku akhir di Kakamigaha­ra, hari ini.
 ?? Farah Ayuni Yahya ?? Bagi saya peluang masih ada untuk kami mencatat kemenangan. Ini perlawanan kalah mati dan kami tinggal selangkah lagi hendak ke separuh akhir”
Farah Ayuni Yahya Bagi saya peluang masih ada untuk kami mencatat kemenangan. Ini perlawanan kalah mati dan kami tinggal selangkah lagi hendak ke separuh akhir”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia