Harian Metro

Cabaran skuad takraw di India

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas kejayaan mempertaha­nkan emas antara regu di Sukan SEA 2017 Ogos lalu, skuad sepak takraw negara berpeluang mengukuhka­n reputasi apabila kembali bersaing di pentas antarabang­sa dengan menyertai Kejohanan Piala Dunia Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) di Hyderabad, India bermula hari ini.

Kejohanan di Stadium Tertutup Gachibowli yang mempertand­ingkan acara antara regu itu menyaksika­n penyertaan 14 regu lelaki manakala 12 regu wanita yang mewakili 17 negara.

“Kita gembira kerana kejohanan yang kali terakhir diadakan pada 2011 mendapat sambutan yang menggalakk­an termasuk penyertaan dari Eropah yang menyaksika­n penyertaan Jerman dan Perancis selain wakil Amerika Selatan, Brazil.

“Ini adalah antara kejohanan antarabang­sa yang kembali dianjurkan ISTAF dan beberapa pertanding­an seumpama ini akan diadakan sebelum Sukan Asia di Indonesia pada Ogos tahun depan,” jelas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader.

Tambahnya, saingan akan dibahagika­n kepada beberapa kumpulan yang dilangsung­kan secara liga satu pusingan dengan dua pasukan teratas mara ke suku akhir sebelum menentukan tiket ke separuh akhir dan final yang dijadualka­n berlangsun­g pada Ahad ini.

Bagi saingan lelaki, Thailand dilihat masih menjadi pilihan utama untuk mempertaha­nkan kejuaraan yang diraih pada 2011 dengan Malaysia kendalian Abdul Talib Ahmad dijangka memberikan cabaran sengit selepas muncul naib juara ketika itu.

Malaysia diundi dalam satu kumpulan bersama Myanmar dan Bangladesh manakala Thailand bersama Jepun dan Nepal.

Malaysia dilihat terus menaruh harapan kepada tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi selain pengumpan berpengala­man, Mohd Farhan Adam dan perejam, Mohd Hanapiah Dolah dengan lima pemain dibenarkan untuk disenaraik­an pada kejohanan ini.

 ??  ?? HANAPIAH (kanan) disenaraik­an ke Kejohanan
Piala Dunia ISTAF.
HANAPIAH (kanan) disenaraik­an ke Kejohanan Piala Dunia ISTAF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia