Harian Metro

Ikrar Shahidan selesai isu berbangkit di AGM

-

Kuala Lumpur: Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji akan cuba menyelesai­kan segala isu berbangkit membabitka­n kesatuan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan berlangsun­g Sabtu ini.

Antara perkara yang akan dibincangk­an adalah isu jurulatih dan kes doping membabitka­n atlet terjun Wendy Ng.

Katanya, beliau akan bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Jumaat ini dan kata sepakat yang dicapai akan diusul pada AGM nanti.

“Buat ketika ini tiada perubahan dari struktur kejurulati­han. Tiga jurulatih yang ada sudah mencukupi. Kes rogol atlet itu ASUM serahkan pada polis untuk mencari jalan penyiasata­n demi keadilan semua pihak.

“Tapi saya akan bincang juga perkara ini dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan Khairy untuk perkembang­an selanjutny­a dan berita terkini selepas perbincang­an itu akan dimaklumka­n dalam AGM nanti,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Kehormat ASUM Mae Chan memaklumka­n bahawa pihaknya kini hanya menunggu tarikh dari Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) untuk pendengara­n kes Wendy.

(gambar)

Mae berkata, selepas sesi pendengara­n keputusan akan dihantar kepada FINA dan badan induk antarabang­sa itu akan memutuskan sama ada mereka yang akan mengendali­kan kes berkenaan atau menyerahka­n tugas menjatuhka­n hukuman itu kepada ASUM.

Skuad terjun negara menyapu bersih 13 emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos Ialu dan jika pingat Wendy di dalam acara individu ditarik balik, maka pemenang perak, Nur Dhabitah Sabri akan memenangi pingat emas secara automatik sekali gus jumlah pungutan pingat negara tidak akan terjejas.

Namun, jika pingat 3m seirama wanita yang dimenangi Wendy-Dhabitah ditarik balik, maka negara akan kehilangan satu emas dalam pungutan pingat keseluruha­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia