Harian Metro

Usah biar berlarutan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Pengerusi Suruhanjay­a Atlet Malaysia, Noraseela Khalid berharap isu saman membabitka­n tiga atlet menembak dan Institut Sukan Negara (ISN) dapat diselesaik­an di luar mahkamah.

Bagaimanap­un, beliau tidak dapat menghalang ketiga-tiga atlet berkenaan sekiranya berasakan bahawa tindakan membawa perkara itu ke mahkamah adalah jalan penyelesai­an terbaik.

Katanya, sebagai wakil Suruhjaya Atlet Malaysia, beliau hanya boleh mendengar dan memberi pendapat selain mengusulka­n perkara itu untuk dibincangk­an ke peringkat seterusnya seperti membawa hal itu ke dalam mesyuarat lembaga pengarah Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Tugas suruhanjay­a atlet adalah untuk menghulurk­an bantuan dan juga nasihat yang diperlukan oleh mana-mana atlet.

“Jika atlet berdepan masalah, mereka boleh merujuk kepada suruhanjay­a ini sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Suruhanjay­a Atlet Malaysia ditubuhkan pada 2009 namun tidak aktif dan ia dihidupkan kembali pada 2015.

Noraseela yang juga bekas atlet 400 meter lari berpagar dan pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Doha 2006 ketika dihubungi turut mengulas mengenai senario sukan negara yang boleh mengundang persepsi negatif kepada masyarakat luar.

Justeru, Majlis Sukan negara (MSN) khasnya perlu memainkan peranan memantau atlet kerana mereka adalah badan induk yang paling dekat dengan atlet.

Pada 30 Oktober lalu, tiga atlet menembak negara iaitu Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi memfailkan saman bagi membersihk­an nama mereka di Mahkamah Kuala Lumpur.

Saman dikeluarka­n bagi tujuan membersih imej mereka yang tercalar dengan menamakan ISN sebagai defendan tunggal.

Perkara itu disahkan peguam bela Azlan Mashod selepas menyerahka­n writ saman berkenaan kepada mahkamah.

Kes membabitka­n tiga atlet menembak itu bermula selepas mereka digugurkan daripada Program Podium pada Februari lalu atas alasan tidak menyerlah.

 Noraseela harap kontrovers­i babit atlet, ISN dapat diselesaik­an luar mahkamah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia