Harian Metro

Intai dua lagi

- Badlishah Mohamad Ali sukan@hmetro.com.my

Penang Black Panthers memerlukan hanya dua kemenangan saja dari baki empat perlawanan untuk mengesahka­n kejuaraan Sepaktakra­w League (STL) Premier 2017.

Dengan 18 mata hasil sembilan kemenangan setakat ini, pasukan bimbingan Helmi Ismail itu ibarat berada dalam kelas tersendiri dan semakin jauh meninggalk­an pencabar lain.

Malah, pencabar terdekat, Terengganu Turtles yang mengumpul 12 mata juga sudah mengangkat ‘bendera putih’ dalam misi mengejar kedudukan pendahulu biarpun berjaya meraih kemenangan dengan menewaskan Johor Tigris dalam aksi terakhir sebelum saingan berhenti rehat selama dua minggu, Ahad lalu.

Pasukan dari pantai timur itu kini mengalih tumpuan untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua namun ia bukan mudah buat mereka apatah lagi mereka sedang diekori rapat Kelantan Warriors, ATM Guardians dan Perak Bison yang mengumpul 10 mata.

Dengan tiket beraksi di STL Champions Cup menjadi rebutan tiga pasukan terbaik STL Premier, cabaran dua pasukan dari Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur Thunder dan Selangor Pistons juga tidak boleh dipandang enteng.

Semua enam pasukan itu menamatkan saingan minggu kelima dengan mencatat satu kemenangan untuk menghidupk­an peluang masing-masing. Justeru, tiada pasukan yang boleh disifatkan mempunyai kelebihan atau dilabel pilihan.

Kekuatan semua pasukan dilihat seimbang dan sedang bersaing sengit sesama mereka sekali gus menjadikan pertarunga­n enam penjuru yang semakin mendebarka­n.

Sementara itu, pada ketika Penang Black Panthers menghampir­i kejuaraan dan enam pasukan memburu kedudukan tiga teratas, Johor Tigris pula berada dalam zon bahaya dan sedang berjuang untuk mengelak dari tersingkir ke saingan Divisyen Satu musim depan.

Pasukan itu gagal memperbaik­i kedudukan mereka di tangga tercorot selepas tewas buat kali kelapan dan perlu tampil dengan aksi luar biasa untuk memenangi semua baki perlawanan jika berhasrat mengubah nasib.

Pasukan mana yang akan berada di kelompok tiga teratas seterusnya menyambar slot beraksi di STL Champions Cup dan siapa pula yang akan mengucapka­n selamat tinggal kepada STL Premier? Apakah akan ada kesudahan penuh dramatik bagi saingan musim ini?

Semuanya cukup sukar untuk diramal dan saingan lebih rancak dijangka apabila ia kembali bersambung selepas rehat dua minggu dengan semua pasukan pastinya memanfaatk­an kesempatan untuk memperkema­s dan menajamkan semula sentuhan.

 Black Panthers perlu menang dua perlawanan saja untuk julang trofi STL

 ??  ?? PEMAIN Penang Black Panthers (jersi biru) cuba menghadang libasan pemain Kelantan Warrior.
PEMAIN Penang Black Panthers (jersi biru) cuba menghadang libasan pemain Kelantan Warrior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia