Harian Metro

AMUKAN KURZAWA

- AFP

Paris

Layvin Kurzawa menjaringk­an hatrik ketika Paris Saint-Germain melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam dengan membenam Anderlecht 5-0, manakala Bayern Munich turut menyertai mereka ke peringkat kalah mati.

Marco Verratti melencongk­an gol pembukaan menarik - gol pertamanya di Eropah sejak September 2014 - selepas setengah jam di Parc des Princes manakala bintang Brazil, Neymar menambah gol kedua sebelum rehat.

Pemain termahal dunia itu terbabit dengan gol ketiga PSG apabila sepakan percumanya ditepis ke tiang gol sebelum pemain kebangsaan Perancis, Kurzawa menampan masuk bola muntah.

Pertahanan kiri itu kemudianny­a menanduk masuk hantaran silang Dani Alves dan melengkapk­an hatrik tidak disangka dengan rembatan padu ketika PSG meningkatk­an kutipan gol kepada 17 - dengan tidak dibolosi - dalam empat perlawanan Kumpulan B.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana hatrik ini. Saya bangga dan gol ini memberikan saya keyakinan,” kata Kurzawa.

Kelab gergasi Perancis itu mengunggul­i kumpulan mereka dengan 12 mata maksimum manakala pendahulu Bundesliga, Bayern turut layak bersama mereka selepas menang 2-1 ke atas Celtic di laman lawan.

Kingsley Coman mengatasi kedegilan benteng Celtic apabila menerima hantaran jauh daripada penjaga gol Sven Ulreich sebelum menggelece­k Craig Gordon dan menyepak masuk ke pintu gol ternganga pada minit ke-22.

Callum McGregor menyamakan kedudukan pada babak kedua namun tandukan berani Javi Martinez - yang menyebabka­n pemain Sepanyol itu berdarah - membantu kelab Jerman itu layak di Glasgow.

“Saya sedar hari ini pasti

 Pertahanan PSG ledak hatrik ketika belasah Anderlecht

sukar, perlawanan yang tegang. Kami berdepan jadual padat akhir-akhir ini,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes.

“Penting kami layak, tapi sukar untuk berakhir sebagai juara kumpulan kerana rekod pertemuan kami.”

Manchester United kendalian Jose Mourinho perlu menanti kemaraan ke pusingan berikutnya sekalipun menang 2-0 ke atas Benfica.

Pemain Benfica, Mile Svilar, yang muncul penjaga gol termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara dua minggu lalu, mengalami nasib malang lagi di Old

Trafford ketika gol sendirinya membantu United mendahului pada minit ke-45.

Pemain berusia 18 tahun itu, yang dipersalah­kan ketika kalah 0-1 di Lisbon, menebus kesilapan itu apabila menyelamat­kan sepakan penalti Anthony Martial, namun Svilar tidak dapat berbuat apa-apa apabila rembatan leret Nemanja Matic terkena tiang sebelum terkena lengannya dan meleret melepasi garisan gol.

Daley Blind melengkapk­an kemenangan itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-78 selepas Marcus Rashford dikasari.

“Kami mesti meraih mata daripada dua baki perlawanan,” kata Mourinho.

“Saya terlalu gembira.”

 ??  ?? KURZAWA
KURZAWA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia