Harian Metro

Tukar taktikal runtuh kubu Brunei

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Bawah 19 Tahun, Bojan Hodak perlu memikirkan kaedah terbaik untuk meleburkan ‘tembok’ yang mungkin dibina Brunei apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan Kumpulan F, kempen kelayakan Piala AFC Bawah 19 Tahun di Stadium Paju, Korea Selatan, Sabtu ini.

Selasa lalu, Malaysia bangkit mempamer aksi menarik di babak kedua untuk menundukka­n Timor Leste 3-1 dengan semua gol hadir menerusi set-piece, manakala Indonesia membelasah Brunei 5-0.

“Kami menyaksika­n perlawanan Brunei semalam (kelmarin) dan mereka mengamalka­n corak bertahan ketika bertemu Indonesia. Mereka bertahan dalam jarak 20 meter di depan pintu gol pada sebahagian besar permainan,” kata Hodak.

“Kami menjaringk­an gol ketika menentang Timor Leste, tapi kami perlu menukar taktik ketika bertemu Brunei. Saya percaya kita akan lebih banyak menyerang pada perlawanan itu nanti.

“Saya akan menggunaka­n tempoh tiga hari ini untuk menyiapkan pasukan bagi menentang Brunei, tapi saya juga perlu memikirkan dua lagi perlawanan menentang Indonesia (Isnin) dan Korea Selatan (8 November).

“Kami akan hanya berehat

(gambar)

sehari antara dua perlawanan itu dan ia agak mencabar kerana kami tidak mempunyai masa untuk bersiap sedia.”

Hodak berkata, beliau akan melakukan perubahan ke atas barisan pemain pada perlawanan menentang Brunei.

“Saya perlu membuat perubahan kerana perlawanan berikutnya adalah menentang lawan sukar. Saya perlukan pemain utama yang cergas pada baki dua perlawanan itu kerana ia akan menentukan sama ada kami mampu bermain baik atau tidak.

“Saya sanggup mengambil risiko ini kerana saya yakin Brunei adalah pasukan paling lemah.

“Hanya mata dan jumlah jaringan yang memainkan peranan antara tiga pasukan teratas. Adalah penting untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tempat kedua jika mahu layak ke pusingan akhir di Indonesia tahun depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia