Harian Metro

Panggil lapan muka baru

- Mohd Fitrie Muhamad fitrie@bh.com.my

Pengendali kebangsaan, Nelo Vingada memanggil lapan pemain baru ke latihan pusat Harimau Malaya yang bermula Sabtu ini sebagai persiapan sebelum menentang Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini.

Pemain berkenaan adalah penyerang skuad B-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Senarai lapan pemain itu menggantik­an lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah),

 Inisiatif Vingada perkasa skuad Harimau Malaya berdepan Korea Utara

Amirulhadi Zainal (Johor DT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Ini bermakna hanya 16 pemain yang dipanggil sebelum ini dikekalkan termasuk dua pemain yang tidak menyertai pasukan ke Hong Kong, iaitu Ahmad Hazwan Bakri (Johor DT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Bagaimanap­un, hanya 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini (4 November) sementara baki 14 pemain dari Johor DT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin iaitu selepas berakhir aksi final Piala Malaysia.

Skuad Harimau Malaya dijadualka­n berlepas ke Thailand Selasa ini.

 ??  ?? VINGADA (dua dari kanan) gugur lapan pemain.
VINGADA (dua dari kanan) gugur lapan pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia