Harian Metro

Durian runtuh untuk skuad Kuala Lumpur

- Haika Khazi mfaizul@bhsukan.com.my

Kuala Lumpur: Semua pemain dan barisan kejurulati­han bola sepak Kuala Lumpur bakal menerima ganjaran lumayan dari Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berikutan kejayaan skuad itu muncul juara Liga Perdana 2017.

Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata ganjaran dalam bentuk wang tunai berkenaan adalah sebagai menghargai sumbangan pemain dan barisan kejurulati­han memastikan skuad Kuala Lumpur beraksi cemerlang di Liga Perdana 2017 sehingga berjaya layak ke Liga Super, pada musim depan.

Bagaimanap­un, Adnan yang juga Ketua Setiausaha

(gambar)

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, menegaskan beliau tidak boleh mendedahka­n jumlah sebenar bayaran bonus bakal diterima setiap pemain dan barisan kejurulati­han KLFA kerana mahu menjaga hati semua pihak.

“Kita memang sudah memutuskan untuk memberi ganjaran wang tunai lumayan kepada setiap pemain dan jurulatih The Hawks, namun saya tidak boleh menyebutny­a secara terperinci kerana ia amat sensitif.

“Namun, apa yang boleh beritahu jumlah ganjaran wang tunai yang bakal diterima skuad The Hawks seawal hari ini bukan hanya amat lumayan dan malah tidak dijangka oleh setiap pemain dan pegawai KLFA,” katanya di sini.

Dalam pada itu, Adnan berkata KLFA juga menyasarka­n skuad dibimbing jurulatih berasal dari Brazil, Fabio Magrao berkenaan mampu meraih sekurang-kurangnya tempat kelima terbaik di kancah Liga Super, musim depan.

Justeru, Adnan berkata, KLFA sudah menyambung kontrak dua pemain importnya iaitu Guilherme de Paula dan Paulo Josue serta jurulatih Fabio Magrao dari Brazil bersama The Hawks untuk mengharung­i kancah Liga Super, musim depan.

“Kami juga sedang dalam proses memuktamad­kan senarai akhir pemain tempatan dan dua awang import baharu termasuk kuota Asia yang bakal dibawa masuk ke skuad Kuala Lumpur, pada musim depan.

“Kita mungkin akan membawa masuk seorang lagi awang import dari Brazil dan seorang pemain Asia untuk memperkuat­kan lagi skuad Kuala Lumpur musim depan,” katanya yang mengesahka­n KLFA akan mengekalka­n kira-kira 85 peratus pemain tempatan sekarang, manakala selebihnya bakal diganti dengan pemain muda baru.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, beliau menyerahka­n kepada Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dan jurulatih Fabio Magrao untuk memuktamad­kan senarai penuh pemain import dan tempatan yang bakal menyarung jersi The Hawks, pada musim depan.

Adnan ketika ditemui mengesahka­n KLFA sudah menyambung kontrak dua pemain importnya iaitu Guilherme

de Paula dan Paulo Josue serta jurulatih Fabio Magrao dari Brazil bersama The Hawks untuk mengharung­i kancah Liga Super, musim depan.

“Kami juga sedang dalam proses memuktamad­kan senarai akhir pemain tempatan dan dua awang import baharu termasuk kuota Asia yang bakal dibawa masuk ke skuad Kuala Lumpur, pada musim depan.

“Kita mungkin akan membawa masuk seorang lagi awang import dari Brazil dan seorang pemain Asia untuk memperkuat­kan lagi skuad Kuala Lumpur musim depan,” katanya yang mengesahka­n KLFA akan mengekalka­n kira-kira 85 peratus pemain tempatan sekarang, manakala selebihnya bakal diganti dengan pemain muda baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia