Harian Metro

‘Mereka juga perlu bermain secara adil’

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Aziman Rosdi dan Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 Subkhiddin bidas kenyataan sesetengah pihak yang khuatir mengenai kredibilit­i pengadil yang diturunkan pada aksi final

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah tidak perlu bimbang mengenai kualiti pengadil yang akan mengendali­kan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh yakin pengadil yang akan dipilih nanti mampu menggalas tugas yang penuh tekanan dan mencabar itu.

Subkhiddin berkata, senarai akhir barisan pengadil akan dibuat Jumaat ini sebelum diumumkan pada mesyuarat koordinato­r perlawanan akhir itu, hari yang sama.

“Kedua-duanya (Johor DT dan Kedah) lebih kepada perang psikologi, tapi tak apa sebab masing-masing nak menang.

“Mereka saja nak bagi tekanan kepada kami dan mungkin sebagai alasan awal sekiranya berlaku insiden dalam perlawanan itu nanti.

“Kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk menghantar pengadil terbaik dan apa yang boleh saya katakan, mereka tidak perlu bimbang kerana saya yakin dengan persiapan rapi yang kami lakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kelmarin, Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) mendesak FAM melantik pengadil yang benar-benar boleh berlaku adil dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak.

Semalam, Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest pula mengeluark­an kenyataan meminta FAM dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dapat menyediaka­n pengadil berkualiti untuk mengendali­kan aksi final itu.

Selain itu, Subkhiddin turut menempelak beberapa pihak yang hanya mendesak keputusan adil daripada pengadil tanpa menilai kelakuan pihak lain terutama pemain dan jurulatih.

“Sekarang ini orang hanya minta pengadil bertindak adil, tapi mereka tidak pernah pun minta pemain berlaku adil. Ada tak yang minta pemain jangan melakukan kekasaran yang boleh mencederak­an lawan?

“Sepatutnya pemain pun kena faham, masing-masing mencari makan dengan kaki dan badan mereka. Mereka kena fikir sama ada nak main kasar untuk menang atau nak menang dengan cara yang baik.

“Itu tidak termasuk lagi pemain yang berlakon dan jurulatih yang campur tangan hal pengadil, itu semua mengundang provokasi dan kemarahan penyokong. Jadi kalau nak pengadil untuk berlaku adil, mereka juga kena minta pemain dan jurulatih berlaku adil,” katanya. Johor Bahru: Bekas pemain legenda Johor Nasir Yusof

menyifatka­n pertembung­an kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Stadium Shah Alam Sabtu ini bagi perebutan gelaran Piala Malaysia adalah final yang diimpikan.

Dengan kekuatan dimiliki kedua-dua pasukan itu, beliau mengharapk­an aksi permainan berkelas tinggi dapat disajikan buat peminat bola sepak tempatan.

“Ini final yang saya impikan untuk saksikan. Saya harapkan perlawanan penuh taktikal, individual teknikal kemas oleh semua pemain sama ada tempatan dan import untuk beri impak dalam permainan.

“Saya mengharapk­an ini akan menjadi final bola sepak moden untuk bola sepak tanah air. Kita mahukan permainan lebih profesiona­l dan bukan hanya mahu mencari kesilapan pengadil, kita mahu menang dan kalah puas hati dengan persembaha­n,” katanya.

Nasir, 55, tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak Johor kerana pernah menjulang trofi Piala Malaysia

(gambar)

pada 1985 dan sebagai kapten pada 1991.

Beliau yang pernah membimbing skuad Johor yakin Harimau Selatan mampu menamatkan penantian peminat negeri itu dan meletakkan harapan kepada penyerang import Mohamad Ghaddar untuk menjadi watak penting kepada pasukan.

“Melihat kepada permainan ini, ia akan tertumpu kepada bahagian serangan, kedua-dua pasukan miliki penyerang bahaya dan saya percaya pengalaman Ghaddar akan membantuny­a menghidu peluang,” katanya.

Nasir bekas pemain kebangsaan turut dikenali dengan nama gelaran The Profesor yang diberikan bekas jurulatih Johor Michael Urukalo.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia