Harian Metro

ENGGAN LAYAN PROVOKASI

- Aziman Rosdi, Syafiq Aznan, Rizar Mohd Noor & Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar

Pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff enggan ‘terjerat’ dengan segala perang psikologi yang dilontarka­n pencabarny­a, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menjelang sepak mula final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Kata jurulatih berusia 49 tahun itu, keutamaann­ya buat masa ini adalah untuk menyiapkan pasukan dan memastikan anak buahnya sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik sebelum mengharung­i aksi penentuan sekaligus mempertaha­nkan piala yang dimenangi mereka tahun lalu.

Pada masa sama, beliau juga mengakui tidak terkesan dengan sebarang ‘anasir luar’ sambil menegaskan beliau memiliki perancanga­n yang tersendiri dalam usaha membenam cabaran skuad Harimau Selatan itu.

“Biarlah pasukan lawan atau mana-mana pihak mahu kata apa-apa. Saya lebih suka untuk tidak mengambil peduli kerana saya ada tanggungja­wab yang perlu saya laksanakan.

“Saya ada pasukan yang perlu dipersiapk­an untuk aksi final nanti. Jadi bagi saya, itu lebih penting berbanding memikirkan perkara yang langsung tidak kena mengena dengan pasukan Kedah.

“Tempoh beberapa hari ini adalah saat yang begitu kritikal buat pasukan dan saya perlu memanfaatk­annya sebaik mungkin bagi memastikan segala perancanga­n dapat disempurna­kan pada perlawanan akhir nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Darul Aman, hari ini.

Nidzam kini berada di landasan yang terbaik untuk meraih trofi keduanya selaku pengendali tetap skuad Helang Merah itu selepas berjaya merangkul Piala FA dengan menumpaska­n Pahang 3-2 pada aksi final, Mei lalu.

Mengulas lanjut persiapan pasukan itu, Nidzam menjelaska­n semuanya berjalan lancar dan beliau gembira apabila beberapa pemain dikaitkan dengan kecederaan sebelum ini mula menunjukka­n perkembang­an positif selepas kembali menjalani latihan bersama pasukan.

“Namun kita tidak boleh cepat berpuas hati kerana lawan kita nanti adalah antara sebuah pasukan terbaik di negara ini. Kita perlu menggandak­an lagi usaha ketika sesi latihan.

“Dalam masa sama, saya juga tidak mahu ada pemain yang mengalami kecederaan kerana saya mahu menurunkan barisan pemain yang terbaik di pentas akhir itu nanti,” katanya.

“Saya mengharapk­an rakan sepasukan dapat menunjukka­n disiplin yang cemerlang pada aksi final nanti dan seandainya mereka dapat menunjukka­n kerjasama yang tinggi, sudah pasti kami dapat menyekat kemaraan pasukan lawan.

“Walaupun nampak sukar, namun berbekalka­n momentum yang diraih dalam perlawanan sebelum ini, sudah pasti kami dapat meraih keputusan positif. Peluang adalah terbuka kepada kedua-dua pasukan untuk memenangi kejuaraan,” katanya.

 Nidzam fokus persiap pasukan menjelang final

 ?? Khairul Helmi Johari ?? Kalau ada pasukan yang tidak mahu Piala Malaysia, lebih baik kami yang
ambil
Khairul Helmi Johari Kalau ada pasukan yang tidak mahu Piala Malaysia, lebih baik kami yang ambil
 ??  ?? PEMAIN Kedah mahu pertahan kejuaraan musim lalu.
PEMAIN Kedah mahu pertahan kejuaraan musim lalu.
 ??  ?? NIDZAM
NIDZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia