Harian Metro

Persiapan Harimau Selatan tak terjejas

-

Johor Bahru: Persiapan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menghadapi Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dilihat tidak terjejas biarpun skuad itu dibelenggu beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

Pengendali Johor DT, Ulisses Morais menegaskan antara pemain yang mengalami kecederaan adalah Mohammad Ghaddar, Ahmad Hazwan Bakri, Junior Eldstal dan Gary Steven Robbat dan berharap kesemua pemain itu pulih menjelang final nanti.

Katanya, kecederaan yang mereka alami tidak serius dan mungkin akan tersenarai dalam pasukan itu tetapi jika mereka gagal pulih dalam tempoh sebelum final tidak timbul masalah untuk menyenarai­kan pemain lain.

“Masih menilai siapa yang akan beraksi dalam kesebelasa­n utama dan akan memilih pemain yang berada di tahap kecergasan terbaik selain memastikan pemain yang akan beraksi nanti memiliki kekuatan fizikal dan mental serta ada motivasi diri untuk berjaya.

“Kesemua pemain memiliki kualiti dan keupayaan beraksi di final dan ia cukup membanggak­an malah beri ruang buat saya memilih yang terbaik dan pemain juga tampak begitu bersemanga­t untuk diturunkan dalam aksi final.

“Kami dibarisi 29 pemain dan saya menaruh kepercayaa­n kepada semua pemain dan akan pilih yang terbaik beraksi pada final nanti dan pemain juga memberi kerjasama selain membentuk persefaham­an terbaik sepanjang saya membimbing pasukan itu,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff tatkala skuad Lang pemain Pahang Kiko percaya final adalah perlawanan berbeza dan mereka seharusnya melupakan kekalahan kepada Kedah pada perlawanan Sumbangsih awal tahun ini selain hanya seri 0-0 pada aksi terakhir Liga Super di Alor Setar Sabtu lalu.

“Saya hanya mahu menikmati perlawanan final ini, kami ada peluang untuk menang dua piala musim ini, kami mahu bergembira dengan penyokong dan berusaha untuk memenangi piala. Kami ada pemain yang bagus, kami tidak perlu takut sebaliknya hanya fokus pada permainan selama 90 minit, tunjukkan kesungguha­n dan menikmati permainan,” katanya.

Ketika ditanya adalah beliau bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan jika dipanggil tahun depan, Insa berkata: “Sudah pasti, tapi saya kena berehat untuk berada di tahap terbaik terlebih dahulu. Merah terlalu bergantung kepada kelibat Liridon Krasniqi dan Sandro da Silva Mendonca, bekas jurulatih kelab Portugal SC Beira-Mar menangkis tanggapan itu.

Katanya, kekuatan juara bertahan itu membabitka­n kesemua pemain dan tidak terlalu bergantung kepada dua atau tiga sahaja malah sudah mengkaji tentang kekuatan dan kelemahan skuad itu dan bersedia dengan formula terbaik pada aksi merebut piala tertua di rantau Asia.

“Tidak dinafikan Kedah merupakan pasukan hebat dan berkualiti namun kami sudah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan itu malah akan merancang taktikal ampuh untuk mengatasi pasukan itu dalam usaha memburu kejuaraan buat Johor DT,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia