Harian Metro

Insa kerah kudrat demi Piala Malaysia

-

Johor Bahru: Pemain perancang Natxo Insa bersedia mengerah segala kudrat yang ada untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) membawa pulang trofi Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi apabila berdepan Kedah pada aksi final di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Pemain kelahiran Sepanyol yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia itu mengakui kepenatan apabila beraksi lebih satu musim dengan menyertai Johor DT Jun lalu selepas membantu kelab Levante memenangi Segunda Division untuk layak beraksi dalam La Liga 2017-2018.

Bagi Insa, dia akan melakukan apa saja yang termampu kerana aksi final ini cukup bermakna buat dirinya bersama Johor DT.

“Saya perlu berehat, saya bermain mungkin 55 perlawanan tahun ini (bersama Levante dan Johor DT), saya bermain lebih satu musim, badan saya tidak mempunyai rehat. Tapi final Piala Malaysia ini adalah perlawanan terakhir, saya akan berikan sebanyak mana tenaga yang saya ada dalam perlawanan itu nanti.

“Saya hanya mahu fokus perlawanan terakhir dan tamatkan musim ini dengan baik. Saya tahu ia perlawanan sukar kerana final adalah 50-50 tapi kami tetap yakin,” katanya.

Kehadiran Insa yang dibawa masuk pada pertengaha­n musim nyata memberi impak kepada skuad kendalian Ulaisse Morais yang turut merangkul kejuaraan Liga Super serta mara ke final Piala Malaysia selepas 2014.

Insa yang juga abang kepada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia