Harian Metro

Hampa tiket habis

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

 1,000 penyokong Kedah kecewa dakwa jumlah tiket dijual terlalu sedikit

Kira-kira 1,000 penyokong berhimpun di depan pintu masuk Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi melahirkan rasa kecewa apabila gagal mendapatka­n tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Kaunter tiket yang mula dibuka jam 9 pagi sudah dipenuhi ribuan penyokong Kedah dan ada yang sudah bermalam sejak jam 8 malam.

Rata-rata penyokong mahukan penjelasan mengenai jualan tiket yang dilihat habis terlalu cepat tidak seperti perlawanan akhir sebelum ini.

Muhd Addemi Khasim, 35, dari Guar Cempedak, terkilan selepas gagal mendapat tiket sedangkan dia sudah membuat tempahan bas secara peribadi bagi menyaksika­n perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Saya sungguh terkejut tidak sampai 45 minit rakan di depan saya memaklumka­n tiket sudah habis... kami benar-benar kecewa.

“Saya mengumpulk­an kumpulan peserta untuk beratur sejak awal pagi lagi, tapi kami terpaksa pulang hampa.

“Kami kesal dengan penjualan yang sangat sedikit di kaunter kali ini dan dengan tiket yang sedikit ini mampu menggalakk­an kegiatan ulat tiket,” katanya. Johor Bahru: Jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos berjalan lancar dan teratur sebaik kaunter mula dibuka pada jam 9 pagi semalam.

Tinjauan di perkaranga­n stadium menyaksika­n peminat pasukan Johor DT beratur dalam keadaan teratur tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini selain dikawal beberapa petugas yang berada sekitar kawasan berkenaan.

Selain ramai yang mula hadir memenuhi ruang stadium pagi tadi, ada juga peminat yang sudah ‘berkampung’ di perkaranga­n stadium sejak dari petang kelmarin.

Seorang peminat, Hamsyah

Seorang lagi penyokong, Noraini Saleh, 32, dari Pendang turut kecewa tidak berjaya mendapatka­n tiket walaupun hadir sejak jam 6 pagi.

“Saya jangkakan mampu membeli tiket kerana hadir awal, namun nasib tidak menyebelah­i saya dan keluarga kali ini. Ismail, 33, berkata, dia mula beratur di perkaranga­n stadium sejak malam tadi dan bermalam bersama beberapa lagi rakannya untuk mendapatka­n tiket berkenaan.

“Ini bukan kali pertama kami bermalam di hadapan stadium untuk mendapatka­n tiket perlawanan Johor DT, nasib juga malam tadi cuaca

“Saya bercadang bertolak pagi esok iaitu dua hari sebelum perlawanan bersama suami dan anak saya tapi disebabkan tiada tiket, saya terpaksa meminta bantuan rakan lain yang mempunyai tiket lebih.”

Sementara itu, polis Kota Setar menerima lima laporan baik dan tidak hujan. Apa yang penting hari ini kami dapat membeli tiket akhir Piala Malaysia dan tidak sabar menanti Sabtu ini untuk memberi sokongan pada pasukan Johor DT,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peminat, Farizul Hakimi Mohd Kasim, 29, berkata dia yang mula beratur sejak awal berhubung rasa tidak puas hati orang ramai yang gagal mendapatka­n tiket.

Bagaimanap­un, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superinten­dan Yazri Ismail mengesahka­n tiada sebarang insiden pergaduhan atau kerosakan harta benda di kawasan stadium.

pagi tadi tidak menyangka dapat membeli tiket untuk perlawanan akhir itu.

“Saya sampai di sini dan lihat sudah ramai beratur dengan ada yang tidur di atas tikar, mula-mula ada juga rasa tidak dapat tiket kerana kehabisan, tetapi syukur akhirnya dapat juga membeli tiket perlawanan akhir ini,” katanya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor DT dan Kedah akan berlangsun­g di Stadium Shah Alam Sabtu ini. Sebanyak 72,000 tiket diperuntuk­kan dengan setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak, manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian.

Tiket bagi dewasa berharga RM50, manakala kanak-kanak RM5 termasuk cukai GST dan perlindung­an insurans.

 ?? SHAHRIZAL MD NOOR ?? PENYOKONG Kedah mula beratur sejak awal pagi untuk mendapatka­n tiket yang dijual di kaunter di Stadium Darul Aman, semalam.
SHAHRIZAL MD NOOR PENYOKONG Kedah mula beratur sejak awal pagi untuk mendapatka­n tiket yang dijual di kaunter di Stadium Darul Aman, semalam.
 ?? ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN ?? PENYOKONG Johor DT beratur panjang walaupun hujan lebat untuk membeli tiket di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.
ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN PENYOKONG Johor DT beratur panjang walaupun hujan lebat untuk membeli tiket di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia