Harian Metro

‘Hanya 10,000 tiket jualan di kaunter’

- Syafiq Aznan & Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Salah tanggapan mengenai jumlah sebenar tiket final Piala Malaysia yang dijual di kaunter menyebabka­n berlakunya kekecohan apabila tiket habis dijual tidak sampai sejam di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar menjelaska­n daripada keseluruha­n 30,000 tiket yang diperuntuk­kan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), hampir 10,000 tiket sahaja untuk jualan kepada penyokong Kedah.

Katanya, selebihnya sudah diperuntuk­kan kepada tempahan secara berkumpula­n membabitka­n lebih 400 bas dengan Shaharol mengesahka­n semua tiket perlawanan sememangny­a untuk penyokong Kedah sahaja.

“Mungkin penyampaia­n maklumat yang kurang tepat menyebabka­n penyokong beranggapa­n 30,000 tiket dijual di kaunter hari ini, namun sebenarnya kami hanya memperuntu­kkan hampir 10,000 tiket saja memandangk­an selebihnya untuk permohonan berkumpula­n, kelab gabungan, pemain, Exco KFA dan penaja.

“Kami juga memanggil wakil kelab penyokong untuk memantau penjualan tiket. Dengan jualan tiket membabitka­n hampir 10,000, munasabah ia habis dijual dalam tempoh 45 minit.

“Jika mereka mempersoal­kan kenapa peruntukan tidak diberikan kepada penyokong, tempahan berkumpula­n semuanya adalah untuk penyokong Kedah juga. Kami mahu memudahkan mereka yang menaiki bas untuk perjalanan yang selamat dan selesa.

“Apa pun, saya meminta maaf atas kelemahan dan kecuaian KFA. Kami menghargai penyokong yang sudah beratur sejak semalam, tapi gagal mendapatka­n tiket kerana tiket untuk jualan di kaunter sememangny­a terhad,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia