Harian Metro

Biar membesar secara normal

- DARI MUKA 1

Namun, Nana yang juga juara program Gegar Vaganza musim kedua tidak pernah menghalang minat anaknya, malah jauh sekali memaksa terbabit sama dalam dunia hiburan.

Bagi Nana, pada usia kini dia ingin melihat Rayyan membesar seperti kanak-kanak biasa yang sukakan gajet dan permainan video.

“Saya hanya benarkan dia menggunaka­n telefon bimbit setiap Jumaat sehingga Ahad. Dia juga ada akaun Instagram sendiri, tetapi akaun ini saya pegang. Setiap kali ingin memuat naik gambar, dia minta izin dahulu.

“Pada masa sama, saya tetap pantau setiap masa. Walaupun memberikan kelonggara­n selama tiga hari, tidak bermaksud saya beri kebebasan sepenuhnya. Contohnya, apa yang dia tonton di YouTube saya boleh tahu kerana menggunaka­n alamat e-mel saya.

“Kadang-kadang bimbang juga, apatah lagi kecanggiha­n teknologi sekarang. Semua perkara ada. Alhamdulil­lah, buat masa sekarang Rayyan masih boleh dikawal. Dia juga mendengar kata. Setiap peraturan yang ditetapkan dia ikut,” katanya.

Pada masa sama, Nana juga melahirkan rasa lega apabila tidak perlu lagi berulang-alik ke Seremban melawat anak dan ibunya kerana mereka kini tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur dengan rezeki diberikan. Paling penting saya dapat membawa keluarga tinggal bersama di rumah sendiri. Malah, Rayyan juga gembira tinggal di sini kerana dapat kawan yang ‘best’,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya, Nana melahirkan rasa bangga apabila lagu ciptaannya, Terus Mencintai berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32.

Nana yang bakal membuat persembaha­n pada saingan kedua Ahad ini mengakui mulai berasa tekanan dan gementar.

“Setiap kali menyertai pertanding­an, saya pasti gusar dan gementar. Ia memang membuatkan saya tertekan. Saya sudah lalui ketika menyertai Gegar Vaganza dahulu. Apabila terpilih ke acara yang lebih berprestij seperti ini, lagi bertambah gementar.

“Diakui lagu ini sangat mencabar. Apabila menyanyi dalam keadaan gementar, apa saja boleh terjadi. Jadi, saya perlu buat persiapan rapi. Insya-Allah, untuk persembaha­n minggu ini saya cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Kali terakhir Nana terbabit dalam program Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu adalah pada 2007 menerusi lagu Candak menggantik­an penyanyi Syura.

“Selepas 10 tahun, saya kembali lagi. Bezanya, kali ini saya mempertaru­hkan lagu ciptaan sendiri. Debaran saya berganda bukan saja sebagai penyanyi, tetapi juga selaku komposer. Namun, berada pada peringkat separuh akhir sudah cukup membanggak­an saya.

“Secara peribadi, ini pencapaian tertinggi saya sebagai komposer. Bukan mudah sebenarnya nak mencapai tahap ini terutama beraksi di pentas yang diakui kehebatann­ya,” katanya.

Menurut Nana, biarpun menjadi antara penyanyi senior yang bertanding, itu bukan alasan untuknya memandang remeh kehadiran penyanyi baru.

Melihatkan senarai 30 lagu yang layak ke peringkat separuh akhir, kebanyakan­nya dinyanyika­n penyanyi baru yang sedang menjadi kegilaan peminat.

“Bagi saya, mereka tetap memberikan persaingan. Dari segi stamina pula, sudah tentu mereka lebih bertenaga. Pada usia sekarang, saya tidak boleh jadi seperti mereka lagi. Apa yang saya boleh buat adalah berikan persembaha­n terbaik.

“Ditambah pula lagu mereka memang popular. Sedikit sebanyak ia memberikan kelebihan buat mereka ketika membuat persembaha­n,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

Nana hanya benarkan Rayyan guna telefon bimbit setiap Jumaat sehingga Ahad

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia