Harian Metro

PASANGAN PALING DINANTI

-

menjadi suami isteri.

Impian itu akhirnya terkabul apabila mereka sah bergelar suami isteri kelmarin dalam satu majlis yang berlangsun­g di The Shilla Hotel, Seoul, Korea Selatan. Ia hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Bagaimanap­un, liputan mengenai perkahwina­n mereka tetap berlangsun­g apabila media turut tidak mahu ketinggala­n menyaksika­n detik manis itu.

Walaupun hanya melihat dari jauh, suasana bahagia itu jelas dapat dirasai.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk keduadua mempelai apabila Joong Ki dan Hye Kyo kelihatan begitu segak dan jelita dalam persalinan indah mereka.

Apa yang pasti, kebahagiaa­n jelas terpancar di wajah masing-masing.

Disusuli dengan acara mengangkat sumpah perkahwina­n, baik pengantin mahupun tetamu yang hadir tidak henti tersenyum gembira.

Pastinya saat itu sudah lama dinantikan sejak mereka mengumumka­n bakal berkahwin tidak lama dulu.

Kehangatan acara lebih terasa apabila mereka berkucup menandakan ikatan sudah sah bergelar suami isteri.

Joong Ki juga sempat memberikan ucapan buat isterinya itu dan kepada semua tetamu yang hadir. Ia kemudian disusuli dengan upacara ucapan tahniah daripada ibu bapa masingmasi­ng.

Lebih mengindahk­an suasana, apabila mereka memberikan pelukan yang cukup menyentuh terhadap setiap ahli keluarga.

Selain dihadiri rakan artis dari Korea Selatn, beberapa selebriti luar tidak ketinggala­n hadir termasuk aktres popular dari China, Zhang Ziyi.

Tahniah buat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo!

 ??  ?? SONG Joong Ki dan Song Hye Kyo bersama Zhang Ziyi.
SONG Joong Ki dan Song Hye Kyo bersama Zhang Ziyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia