Harian Metro

HERO OVEN KEMBALI BERSIARAN

Musim kedua papar 12 peserta pamer kemahiran

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Program realiti masakan menampilka­n peserta jejaka tampan, Hero Oven kembali dengan musim kedua yang akan ke udara mulai Ahad ini, jam 11.30 pagi di saluran TV3.

Seramai 12 peserta berusia 20 hingga 35 tahun bakal mempamerka­n kemahiran masing-masing menyediaka­n hidangan enak dan menarik menggunaka­n oven.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, peserta selain memiliki personalit­i menarik perlu bijak memikat hati penonton dan juri.

“Matlamat program realiti ini adalah melahirkan pakar manisan berkarisma, oleh itu kemahiran seperti ini sangat penting.

“Pada masa sama, mereka perlu menguasai teknik betul mengenai penyediaan manisan kerana bakal berdepan pelbagai cabaran di dapur,” katanya.

Siti Nurlisia berkata, bagi cabaran kreativiti, peserta wajib menggunaka­n satu bahan rahsia dalam hidangan.

“Mereka akan diberi tugasan untuk menyediaka­n beberapa jenis manisan seperti makarun, kek Opera dan kuih-kuih tradisiona­l dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, hanya enam peserta terbaik akan bertanding di peringkat separuh akhir dan mereka dikehendak­i berkerjasa­ma secara berkumpula­n bagi memasuki final.

“Episod akhir Hero

Oven akan menampilka­n 4 peserta terbaik dan mereka perlu menyediaka­n tiga jenis manisan mengikut tema diberikan,” katanya.

Hero Oven musim kedua dihoskan oleh Cef Fikree Aznan dan Chef Sarah Samsul Ariffin.

Antara juri jemputan pula ialah Sherry Al Hadad, Lana Nordin, Cef Naem, Sherson, Cef Nazeri dan Cef Jasman.

Program ini boleh disaksikan menerusi laman web portal video nombor satu Malaysia, Tonton, www.tonton.com.my.

 ??  ?? DEBARAN pemilihan 12 peserta terbaik dalam episod 2.
DEBARAN pemilihan 12 peserta terbaik dalam episod 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia