Harian Metro

RAMLI SARIP, M NASIR GEGAR PJ FAIR 2017

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

2 legenda muzik berkongsi pentas dalam program bertemakan Folklore Festival

Agak sukar untuk menyaksika­n dua legenda muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir berkongsi pentas yang sama di acara terbuka.

Sebelum ini, mereka hanya bergabung menerusi persembaha­n berbayar seperti dalam konsert Universiti Tour tahun lalu.

Satu peluang keemasan buat warga kota dan penduduk Petaling Jaya khususnya apabila keduadua mereka ditampilka­n dalam konsert khas sempena PJ Fair 2017 yang akan berlangsun­g Sabtu ini di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, jam 8.30 malam.

Selain mereka, program bertemakan Folklore Festival (Festival Kesenian Budaya) yang akan berlangsun­g selama dua hari pada

Sabtu dan Ahad ini turut menampilka­n persembaha­n daripada Ameng Spring, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Mr 5K dan Annabelle serta Faizal Ismail sebagai pengacara.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Haniza Abdul Hamid berkata, program tahunan itu kini memasuki edisi kelima dan objektifny­a mahu menyatukan masyarakat majmuk di negara kita.

“Kami mahu menghimpun­kan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mewarnai program yang sememangny­a meriah ini.

“Salah satu strategi terbaik menghimpun­kan mereka ialah dengan menganjurk­an konsert membabitka­n artis popular dan inilah yang kami lakukan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya melakukan tinjauan Festival Folklore PJ Fair yang akan dibuka bermula jam 9 pagi Sabtu ini turut menampilka­n pelbagai acara menarik antaranya aktiviti pasar lambak, tarian urban, zumba, memancing dan berenang percuma, pertanding­an bola jaring dan papan luncur serta gerai pameran.

“Kami menyeru agar semua golongan masyarakat menyertai acara yang diadakan. Penyanyi Aiman Tino juga akan mengambil bahagian dalam program Smart Ride PJ pada Ahad jam 10 pagi.

“Buat pertama kalinya, lokasi ini diubah di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya bagi menggantik­an lokasi penganjura­n sebelum ini iaitu di Pusat Bandar, Seksyen 52, Petaling Jaya,” katanya.

Menurutnya, Festival Folklore PJ Fair diadakan berdasarka­n aspirasi penduduk Petaling Jaya yang mengharapk­an suasana kehidupan masyarakat yang lebih sihat, harmoni, sejahtera dan berbudaya.

 ??  ?? SUFIAN turut buat persembaha­n.
SUFIAN turut buat persembaha­n.
 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia