Harian Metro

ELLY ARIFIN KIAN MATANG

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tidak menyerah kalah meskipun ada pertikai kemampuan mengacara

Nama Elly Arifin mungkin masih asing dalam gelanggang seni tanah air. Tidak keterlalua­n jika ada yang masih tertanya-tanya siapakah gerangan wanita berusia 28 tahun itu.

Namun, Elly yang bermula sebagai wartawan penyiaran sekitar 2011 itu mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraa­n apabila diberi peluang mengendali­kan program H! Live di Astro Ria sejak tahun lalu.

Meskipun hampir enam tahun mencuba nasib,

Elly tidak pernah kesal dengan takdir yang tertulis malah sentiasa berusaha memperbaik­i diri demi menggapai impiannya untuk bergelar pengacara.

“Alhamdulil­lah, tahun lalu rezeki saya semakin murah apabila mengacarak­an H! Live. Ketika itu, hanya Tuhan saja yangtahupe­rasaansaya apabila yang dinanti-nanti menjadi kenyataan.

“Kesabaran yang tinggi adalah kunci utama untuk berjaya. Saya tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha memberikan yang terbaik,” katanya.

Elly turut mengakui tujuh tahun dalam dunia penyiaran bukan mudah apabila berkali-kali namanya ‘dihalang’ untuk bergelar pengacara.

“Saya pernah hampir berputus asa dan menangis apabila nama saya ditolak untuk menjadi mengacara. Barangkali tidak mempunyai pakej yang lengkap menyebabka­n mereka tidak mempercaya­i kebolehan saya ketika itu.

“Namun saya percaya perjalanan seseorang itu tidak akan manis tanpa ujian dan dugaan. Saya anggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai proses menjadikan saya lebih matang.

“Walaupun tertekan apabila ramai bermulut jahat mempertika­i kemampuan saya sebagai pengacara, saya tidak pernah menyerah kalah. Saya lebih suka melihat segala kritikan dan kutukan secara positif. Lagipun, hanya kita saja yang tahu kemampuan diri dan impian yang ingin dicapai.

“Selain suami, keluarga dan kawan banyak menyuntik motivasi supaya terus bersaing serta berjaya. Bidang penyiaran adalah minat saya sejak kecil, jadi saya tidak mahu mempersiak­annya,” katanya.

Elly juga bersyukur apabila berpeluang mengacara program Unplugged bersama penyanyi Hafiz Suip.

“Saya juga baru sahaja menerbitka­n program baru, Pesta Muda Mudi yang bakal bersiaran di Astro Ria tidak lama lagi.

“Saya tidak pernah fikir soal populariti sebaliknya mahu kehadiran diri ini diterima baik. Saya mahu berjaya dalam bidang ini,” katanya yang turut melebarkan sayap dalam dunia lakonan.

BAHAGIA

Setahun menyulam bahagia dengan suami tercinta, Jiggy yang juga pelawak kumpulan Masin, Elly mengakui jejaka pujaan hatinya itu melengkapi hidupnya.

“Saya seorang yang mudah mesra dengan orang tetapitakr­amaiyangbo­leh ‘masuk’ dengan saya. Jiggy ada perangai yang lebih kurang sama dengan saya malah kadang-kadang dia buatlawak,bolehmendi­dih darah.

“Saya jenis mudah emosi dan agak kasar. Mujur dia boleh bertoleran­si dengan sikap saya.

“Kami saling melengkapi, dia terima kekurangan saya dan saya juga begitu. Jika ada masalah, saya tak akan luah kepada keluarga kerana tak mahu mereka risau. Jadi, Jiggy tempat saya mengadu dan sentiasa ada di sisi tak kira ketika susah atau senang,” katanya.

 ?? SOLEKAN: ??
SOLEKAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia