Harian Metro

ROCK BOLEH, GELEK PUN BOLEH

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Selepas dikenali sebagai penyanyi rock, Keena bawa genre dangdut ketika berkelana ke Indonesia

Mengenalin­ya secara dekat, tidak dinafikan Keena, 31, seorang yang gigih berusaha tanpa jemu menempatka­n namanya dalam bidang hiburan tanah air.

Tanpa mempedulik­an kritikan yang bertujuan melemahkan semangatny­a, pemilik nama sebenar Suriana Abdul Wahab ini tidak pernah gentar menongkah arus untuk dikenali peminat.

Percaya kepada rezeki yang ditentukan Allah SWT, Keena yang pernah menjadi protege kepada Datuk Awie dalam program Mentor kini melangkah keluar dari zon selesa di negara sendiri bagi mencuba nasib di Indonesia.

“Di Malaysia saya lebih dikenali dengan lagu genre rock berjudul Cinta Luluh, tapi untuk masuk ke pasaran sana, saya tukar konsep kepada dangdut yang sememangny­a menjadi kegilaan peminat.

“Sebenarnya sudah dua tahun saya berulang alik ke Indonesia dan lokasi awal ialah di Pulau Batam dan Kepulauan Riau,” katanya.

Kehadiran Keena dengan album Ronda Nirmala ternyata diterima baik apabila dia diundang mempromosi­kan lagunya di stesen Batam TV dan Bintan Vision di Riau.

“Dari situ, saya dikenali peminat di

Medan dan seterusnya ke Bandung. Tahun ini saya bergerak bersama syarikat Rousing Muses Pictures Sdn Bhd milik Ken Chia dan Adam ke Jakarta pula.

“Saya kini dalam proses merakam lagu berjudul Penghibur dan Burung Tak Berkandang ciptaan komposer terkenal Hamid Mufari yang menghasilk­an lagu untuk artis popular Indonesia antaranya Agnes Monica,” katanya.

Kunjungan ke sana membawa kenangan tersendiri buat Keena apabila sempat melawat Allahyarha­m Julia Perez yang ketika itu terlantar sakit akibat barah.

“Arwah sempat memberikan kata-kata semangat buat saya untuk terus maju dalam karier dan pesanan ini saya ingat sampai bila-bila,” katanya.

Keena juga akan tampil menerusi filem Takdir terbitan Rousing Muses Pictures Sdn Bhd yang menjalani penggambar­an di Berlin, Jerman dan Malaysia.

“Filem genre ‘heavy drama’ arahan Shirin Khuzaimi ini turut dibintangi oleh Siti Elizad, Riezman Khuzaimi dan Elisya Sandha

“Ini antara lakonan terakhir saya kerana saya kini ambil keputusan berhenti berlakon buat seketika untuk fokus pada nyanyian semula,” katanya.

Pengorbana­n ini perlu dilakukan kerana lakonan mengambil masa yang terlalu panjang berbanding nyanyian.

“Syukurlah dah banyak pihak melihat bakat nyanyian saya. Selain lagu dangdut, saya juga akan bekerjasam­a dengan Datuk Wah Idris bagi menyanyika­n dua lagu ciptaannya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Keena turut muncul sebagai hos mengendali­kan program Cik Gayah Stailo yang disiarkan di TV1 setiap Sabtu, pada jam 12.30 tengah hari.

“Program 13 episod terbitan

Juandriz Pictures ini mengutarak­an usahawan wanita berjaya pelbagai bidang dari seluruh negara.

“Banyak pengalaman baru yang saya dapat menerusi program ini. Menariknya saya bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi,” katanya.

Keena berkata, selain sibuk dengan karier, dia turut bergelar

Ketua Biro Seniman Muda dalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan bertanggun­gjawab merangka aktiviti yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia