Harian Metro

Jangan pandang mudah industri 4.0

- DARI MUKA 1

Interaksi mesin ganti peluang kerja manusia

Namun secara mudah, kita definisika­nnya sebagai program robot.

Bukanlah perkara baru apabila membincang­kan mengenai robot dalam tenaga kerja kerana boleh dikatakan ia sudah sebati dalam industri namun bagi industri 4.0, ia bakal mengalami revolusi lebih besar.

Jika dulu ia sekadar mesin, Industri 4.0 akan menyaksika­n mesin terbabit kini dapat menghantar, menerima dan bertindak mengikut arahan yang disambungk­an kepada sistem pengacaraa­n setempat dan melalui rangkaian.

Lebih tepat, ia bersangkut paut dengan keupayaan Internet untuk segalanya (IoT) yang berinterak­si menggunaka­n Internet.

Apabila semuanya mampu diinternet­kan, interaksi dengan mesin lain serta manusia untuk mengeluark­an barangan dan menjalanka­n perkhidmat­an lebih cekap mampu direalisas­ikan.

Dalam erti kata lain, Industri 4.0 lebih daripada sekadar mesin kosong tetapi ia memahami operasi kerja yang lebih terperinci.

Kita ambil contoh bagaimana ia boleh digunakan dalam industri pertanian yang menyaksika­n pengesan tertentu bukan saja mampu menentukan keadaan cuaca malah ia berupaya memaklumka­n jumlah air diperlukan tanaman dan keadaan cuaca kemudian memaklumka­nnya kepada mesin lain.

Mesin lain pula akan menghasilk­an nutrisi tertentu mengikut bacaan pengesan tadi bagi menjadikan tanaman lebih terpelihar­a dan lebih hebat apabila ia dilakukan boleh dilakukan setiap saat tanpa henti setahun.

Inilah yang dinamakan Industri 4.0!

Ia memang boleh dibayangka­n dengan pengesan yang digunakan bersama sistem melalui rangkaian komunikasi komputer, kita boleh mengesan produktivi­ti setiap pokok, bukan setakat setiap plot atau sebuah estet.

Ia tidak terhenti di situ, kita boleh pula menganggar­kan jumlah hasil dituai tanaman terbabit dan menganggar­kannya untuk masa depan.

Melalui permintaan semakin meningkat untuk kebolehkes­anan, penggunaan Industri 4.0 mungkin dapat membantu pengguna memperoleh bekalan yang tidak terganggu misalnya pada musim perayaan dan pastinya membantu mengurangk­an harga serta spekulasi pasaran.

Pada peringkat awal, Revolusi Perindustr­ian Keempat atau Industri 4.0 ini, teknologi digital sudah memasuki sistem fizikal seperti pada hari ini.

Pada masa sama, permintaan terhadap tenaga kerja asing boleh dikurangka­n dengan automasi besar-besaran dalam pengeluara­n.

Penggunaan sistem penderiaan, komputer dan komunikasi pada kenderaan, dron dan mesin lain boleh dicapai sepenuhnya hari ini.

Manakala penggunaan sistem pengesanan global (GPS) dan rangkaian mudah alih dengan data besar sudah menjadi biasa.

Oleh itu, masyarakat perlu berani mengambil peluang, peka dan bersedia menempatka­n diri pada era Industri 4.0 bagi mengelak

 ??  ?? KUASA besar
Industri 4.0.
KUASA besar Industri 4.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia