Harian Metro

ZENFONE 4 UNTUK KAKI SWAFOTO

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Menerima ASUS ZenFone 4 Selfie Pro mengundang penguji untuk mencubanya sepanjang minggu cuti persekolah­an lalu.

Sudah pasti ia ditujukan pada generasi swafoto dengan kamera depan ZenFone 4 Selfie Pro menerima semua komponen premium yang diperlukan untuk menghasilk­an gambar yang menawan.

Pada bahagian depan pula anda akan menemui sepasang kamera bersama lampu LED.

Satu kamera menggunaka­n sensor Sony IMX 362 12MP dengan apertur F1.8.

Uniknya kamera ini berbanding kamera lain ialah kehadiran SuperPixel Engine yang ditugaskan untuk memproses isyarat imej dalam sensor.

Kamera pula akan menghantar isyarat ini terus ke Image Signal Processor (ISP) yang terletak dalam cip pemprosesa­n Snapdragon 625 untuk diproses menjadi gambar.

SuperPixel Engine adalah teknologi yang dibangunka­n khas oleh ASUS untuk menggantik­an ISP pada cip Snapdragon.

Kamera kedua mempunyai kelebihann­ya yang tersendiri yang menggunaka­n lensa berjarak fokal 12mm mampu merakam gambar bersudut pandang luas hampir menyamai sudut pandang sebuah kamera aksi.

Ciri Selfie Master menjadi ketagihan apabila ia ciri yang unik pada produk ASUS membantu pengguna terutama menghasilk­an swafoto yang cantik walaupun ketika itu mereka tidak mengenakan make-up di muka.

Selfie Master pada ZenUI akan menaikkan seri wajah anda secara digital dalam video mahupun imej.

Lebih menarik, bukan saja pada rakaman gambar, Selfie Master juga membolehka­n anda beraksi secara langsung seperti di Facebook dan Instagram seakan memakai solekan menerusi BeautyLive Tidak kiralah sama ada anda sedang ‘livestream’ atau ‘vlogging’, BeautyLive boleh digunakan pada mana-mana aplikasi yang menggunaka­n kamera.

ZenFone 4 Selfie Pro mempunyai paparan sebesar 5.5 inc AMOLED dengan resolusi HD 1080p.

Bercakap mengenai ketahanan bateri, ASUS ZenFone 4 Selfie Pro yang beroperasi pada kapasiti 3600mAh cukup tahan lama.

Cuma apabila kita ‘online’ dengan siaran langsung yang lama di laman sosial, jangka hayatnya sedikit menjunam namun tidak serius.

Pada pemprosesa­n Qualcomm Snapdragon 835 dan RAM 6GB, operasi telefon ini memang mengagumka­n dan jarang ‘lag’ meskipun penggunaan­nya sangat aktif.

Jangan lupa, storannya juga berkapasit­i sehingga 128GB, cukup untuk anda gunakan sepanjang merakam foto atau video.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia