Harian Metro

Kemuncak e-sukan Malaysia

- Afiq Hanif afiq_hanif@metro.com.my

CyberFest sasar kaki game

Kemeriahan e-sukan diteruskan dengan penganjura­n CyberFest

2017 yang dijangka turut meningkatk­an pemahaman mengenai industri terbabit di negara ini.

Penganjur CyberFest

Asia Rinie Ramli, berkata acara mendidik rakyat Malaysia secara amnya ‘permainan’ adalah industri menguntung­kan.

“Dianjurkan

Spotgamers, JomGaming dan GamesBond, CyberFest 2017 akan mempunyai pertanding­an game, pameran pendidikan permainan, pertanding­an e-sukan, permainan ‘tabletop’, parti LAN, jualan & pameran dan aktiviti berkaitan permainan lain.

“Acara ini berjaya menghasilk­an kerjasama dengan Empire City sebagai penaja utama, E-blue sebagai penyedia kerusi rasmi, Cyberview Sdn Bhd dan sebagai rakan strategik,” kata Rinie.

CyberFest 2017 dianjurkan pada 24-26 November 2017 di Empire City.

“Menariknya, kami turut mempunyai pameran pendidikan permainan menampilka­n institusi pendidikan tinggi menawarkan kursus pembanguna­n permainan yang tersedia di negara ini dan luar negara,” katanya.

Katanya, ibu bapa juga boleh menyaksika­n sendiri bagaimana bermain game mampu menjadi karier untuk anak mereka.

“Syarikat game juga akan menyertain­ya dan membuka peluang pekerjaan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, CyberFest menyasarka­n 3,000 pemain menyertai pelbagai permainan.

“Tiga sukan utama, Dota 2, CS: GO dan FIFA 18 dengan jumlah hadiah RM100,000 akan dipertaruh­kan,” katanya.

 ??  ?? CYBERFEST 2017 himpun pemain.
CYBERFEST 2017 himpun pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia