Harian Metro

DEKATI PRODUK SAMSUNG

-

Samsung Malaysia Electronic­s (SME) menampilka­n Samsung Galaxy Studio (Galaxy Studio) bersebelah­an pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada pengunjung meneroka fungsi barisan peranti Samsung terkini yang diketengah­kan.

Ketua IT & Perniagaan Peranti SME KM Liew berkata, dengan pembukaan Galaxy Studio berkenaan, pengunjung boleh mencuba setiap produk yang disediakan menerusi sudut Gear VR, S Pen Gallery, Galaxy Fitness (Cycling),

360 Snow Globe dan Galaxy Note8.

“Galaxy Studio menawarkan pengunjung di Malaysia khususnya yang berada di sekitar Kuala Lumpur peluang mencuba di samping menguasai produk Samsung yang inovatif.

“Selain mencuba, pengunjung juga bakal ditawarkan elbagai aktiviti menarik lain,” katanya pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Studio, baru-baru ini.

Galaxy Studio yang turut terletak di beberapa lokasi ikonik di seluruh dunia termasuk Westfield Parramatta di Sydney, Stockholm Central Station, Dubai Mall dan Hong Kong’s Excelsior Plaza berjaya menarik hampir 900,000 pengunjung.

SME turut menjangkak­an sambutan sama daripada pengunjung di Malaysia apatah lagi ia terletak berhampira­n pusat beli-belah Lot 10, Pavilion dan Berjaya Times Square di ibu negara.

Galaxy Studio akan dibuka kepada umum bermula 27 Oktober sehingga 31 Januari depan dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai program dan promosi menarik menanti pengunjung termasuk percuma Gear VR dengan setiap pembelian Galaxy Note8 di Galaxy Studio.

 ??  ?? PRESIDEN Samsung Malaysia Electronic­s Lee Sang Hoon
(tiga dari kiri) pada majlis pelancaran di Lot 10.
PRESIDEN Samsung Malaysia Electronic­s Lee Sang Hoon (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran di Lot 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia