Harian Metro

ACER CARI PEMAIN BERBAKAT WAKILI MALAYSIA

-

Acer selaku penganjur Asia Pacific Predator League 2018 mencari pemain berbakat untuk mewakili Malaysia seterusnya berentap pada kejohanan e-sukan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Tujuh negara akan mengambil bahagian dalam acara berkenaan termasuk Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, India serta Hong Kong.

Pasukan yang layak akan bersaing untuk merebut dan membawa wang tunai bernilai sehingga AS$150,000.

Presiden Acer Pan Rantau Asia Pasifik Andrew

Hou berkata, pihaknya berjaya menerajui pasaran bagi segmen komputer permainan sejak melancarka­n barisan Predator kira-kira dua setengah tahun lalu.

“Ini adalah titik permulaan yang baik untuk kami, dan hari ini kami dengan bangganya ingin mempersemb­ahkan kejohanan e-sukan yang paling dinanti-nantikan di Asia Pasifik yang boleh membawakan anda pengalaman permainan terhebat dengan Predator. “Liga Predator adalah pencapaian penting bagi Acer dan ini membuktika­n Acer sentiasa mencipTa inovasi dan kecemerlan­gan teknologi tanpa henti di samping berupaya menunjukka­n komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman permainan terbaik kepada para pemain tanpa kompromi,” katanya menerusi kenyataan akhbar, baru-baru ini. Pusingan pertama Liga Predator akan dijalankan di setiap negara. Pusingan awal terbabit akan mengambil masa kira-kira tiga bulan sehingga Januari 2018.

Peserta perlu berentap pada dua pusingan kelayakan Terbuka Dalam Talian yang akan diadakan pada 4 dan 5 November serta 11 dan 12 November 2017 sebelum melayakan diri untuk ke pentas akhir yang bakal berlangsun­g di pusat belibelah Mid Valley pada 25 dan 26 November depan sekaligus memenangi pulang wang tunai RM55,000.

Mereka yang bermiant boleh mendaftark­an diri secara dalam talian di http://bit. ly/2yQGo8B.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia